Cyclotron Bike – Revolusi Basikal Elektrik Masa Hadapan

Rekabentuk basikal elektrik futuristik tanpa rantai dan rim tanpa lidi

Basikal yang pertama dicipta di Eropah oleh Von Drais pada tahun 1817 . Mungkin sebab itulah di Eropah basikal masih digunakan secara meluas, berbeza dengan masyarakat kita di Malaysia.

Basikal bukan sekadar pengangkutan, mengayuh basikal juga boleh dijadikan satu aktiviti yang sihat. Seperti kenderaan popular yang lain basikal turut mengalami revolusinya tersendiri, dari segi fungsi dan juga rekabentuk.

Terbaru, rekaan basikal masa hadapan (futuristik) telah diperkenalkan di laman web kickstarter. Basikal elektronik tanpa rantai dan rim lidi. Memang kelas  habis. Juga dikenali dengan nama basikal laser, basikal ini membolehkan anda mengayuh dalam 2 jenis posisi yang berbeza.

Selain kelajuan dan  kuasa pengecasan bateri, basikal ini juga menyokong teknologi yang selalu digunakan dalam kehidupan harian seperti telefon pintar.

Maklumat lanjut: Kickstarter

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment