Contoh Soalan Temuduga Guru Interim 2020 (Interview)

Ini adalah contoh soalan temuduga guru interim yang boleh anda jadikan rujukan sebagai persediaan hadapi interview kelak

Contoh Soalan Temuduga Guru Interim

Soalan Temuduga Guru Interim

Dalam proses untuk bergelar guru interim selepas melalui fasa permohonan dan peperiksaan ukcg/ukf adalah anda akan dipanggil untuk temuduga jawatan guru interim tersebut

Beberapa soalan temuduga guru interim yang bakal munguji minda anda semasa sesi dijalankan, antara yang paling top selalunya apabila anda hadapi temuduga kerja kerajaan ini adalah soalan berkaitan isu semasa dunia dan dalam negera termasuklah yang ada kaitan dengan kerjaya sebagai guru.

Berikut adalah Contoh Soalan Temuduga Guru Interim yang boleh anda jadikan rujukan dan persediaan untuk hadapinya.

BILCONTOH SOALAN TEMUDUGA GURU INTERIM
1Jika bebanan kerja terhadap guru ditambah, macam mana anda nak hadapinya?
2Apa punca yang menyebabkan buli di kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi dan sampai ke tahap serius? cadangkan bagaimana untuk selesaikan masalh tersebut
3Murid banyak cenderung ke arah belajar di kelas tuisyen untuk tambah ilmu, Adakah anda sudi jadi cikgu tuisyen jika perlu? Mengapa?
4Tekanan/stress di sekolah terhadap guru amat membimbangkan, Apa punca menyebabkan guru stress? bagaimana cara untuk atasinya?
5Berikan sebab kenapa kamu buat permohonan untuk jadi guru?
6Apa kelebihan yang dapat diperlohi jika mengajar subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris?
7Beri pro & kontra dalam penggunaan ICT pada masa kini di sekolah
8Kenapa kerajaan lebih merpekasakan sekolah kebangsaan (national school)?
9Jika anda sebagai guru, apa tanggungjawab anda terhadap masyarat sekeliling?
10Apakah konsep yang dimaksudkan dengan sekolah cemerlang?
11Sejauh mana pengetahuan anda terhadap sekolah Integrasi? Apa tujuannya?
12Anda pernah terlibat dalam Prgoram Khidmat Negara (PLKN)? Apa tujuan program tu?
13Apa perbezaan antara Kbsr dan Kssr
14Boleh huraikan apa perkara penting dalam FPK?
15Hafal tak prinsip rukunegara? Nyatakan?
16Tahu tak matlamat wawasan 2020? Boleh huraikan?
17Jika dihantar mengajar di kawasan pendalaman, bagaimana nak hadapai masalah dan cabaran kehidupan di kawasan tersebut?
18Untuk menjadi guru yan cemerlang bagaimana kamu nak tinggkatkan prestasi itu?
19Mengapa pembelajaran sepanjang hayat diperlukan
20Apakah Pandangan anda dengan GST? Bagus ke tidak?
21Untuk menjadi guru yang disanjungi dan dihormati, apa yang perlu anda lakukan?
22Apa objektif sebenar tentang sambutan hari guru?
23Apa teras perkhidmatan cemerlang?
24Apa fungsi sebenar Persatuan Ibu  Bapa dan Guru (PIBG)?
25Beri nama menteri pendidikan dan timbalannya yang terkini?
26Kenapa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) digabungkan?
27Sebagai seorang pendidik, apa masa depan guru?
28Apa pentingnya kecerdasan dalam emosi bagi guru?
29Setuju ke guru banyak cuti? banyak masa lapang? tidak banyak kerja?
30Bagi 5 sebab kenapa patut ambil anda jadi guru?
31Jika murid engkar arahan guru, apa tindakan anda sebagai guru?
32Mana lebih penting keluarga atau tugas?
33Apa cabaran terhebat sebagai guru zaman sekarang?
34Pandangan anda berkaitan SPPBS? Anda terlibat dan pernah isi?
35Pendapat anda berkaitan merotan murid yang nakal di sekolah?
36Bagi 3 jenis tugas lain seorang guru selain mendidik
37Murid banyak masalah perlu dibuang sekolah? Setuju? Kenapa?
38Komen sedikit tentang “Masalah Sosial Remaja” tertutamanya di sekolah?
39Apa sebab pelajar tidak boleh bawa handset/smartphone ke sekolah?
40Pendapat anda jika ada ibu bapa yang ugut guru yang rotan anaknya?
41Perlu ke anda kenal ibu bapa murid anda?
42Adakah ianya baik untuk anda jika guru sering dihantar kursus?
43Isu berkaintan guru kena saman oleh ibu bapa murid ada berlaku, apa pandangan anda? bagaimana cara untuk ada elak darinya?
44Apa kemahiran/skill interpersonal yang ada dalam diri anda?
45Jika anda jadi guru apa target anda dalam bidang perguruan ini?
46Wajarkah guru membuat kerja lain seperti bawak E-hailing, MLM, Labur Saham, atau Kerja Partime selepas waktu kerja?
47Apa peranan yang dimainkan bagi seorang Ketua Panitia sekolah?
48Apa sumbangan yang pernah atau boleh anda lakukan untuk sekolah?
49Siapa bos anda jika anda jadi guru kelak?
50Apa pendapat anda berkaitan isu saman di laman sosial?

*Penafian : Ini hanyalah Contoh soalan temuduga guru interim sahaja, ia bukanlah soalan sebenar atau soalan ramalan.

Semakan Keputusan Guru Interim

Selepas sesi temuduga selesai, anda boleh buat semakan keputusan guru interim sama ada anda layak memegang jawatan tersebut atau tidak dimana kalau mengikut tarikh prosesnya akan diumukan pada 12 Januari 2020 berdasarkan semasa permohonan guru interim yang lepas

Share² lah yerr..

Leave a Comment