17+ Contoh Soalan Akauntan WA41

Serba sedikit kami kongsikan tentang Ujian Psikometrik SPA, peperiksaan online serta temuduga bagi anda yang BERJAYA dapat dalam jawatan akauntan wa41 tersebut baru-baru ini. Ada juga contoh soalan ada juga dalam bentuk matematik

Contoh Soalan Akauntan wa41

Maklumat bagi jawatan tersebut akan dimaklumkan oleh Portal Rasmi SPA (Suruhanjaya Pekhidmatan Awam) bahagian penjadualan peperiksaan dimana ujian tesebut akan dijalankan untuk semua jenis (Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

Bentuk Soalan

Soalan agak mudah anda hanya perlu jawab dalam bentuk

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  • Soalan Bahasa Inggeris
  • Pengiraan Matematik

Contoh Soalan Psikometrik Akauntan WA41

Kadangkala ujian ini ada kadangkala tiada, tetapi jika ada boleh rujuk contoh di bawah.

Ujian Psikometrik ialah satu test berbentuk tiori serta ukur tahap pasikologi calon dalam menjawab soalan. Antara point utama dalam ujian ini ianya akan uji tahap personaliti diri kita, sikap, nilai positif, toleransi, dan banyak lagi.

Ada juga jawatan yang mempunyai ujian psikometrik bahagian Matematik yang perlu anda buat.

*Dibawah merupakan contoh soalan psikometrik akauntan sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran untuk anda dalam membuat persiapan.

BILCONTOH SOALAN
1
Setiap tugas akan saya laksanakan tanpa disuruh.
A. Ya
B. Tidak
2
Saya lebih suka jadi ketua daripadi ikut suruhan.
A. Ya
B. Tidak
3
Saya _____ bertolak ansur terhadap orang yang berjanji tetapi tak tepati
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah
4Saya _____ beri keputusan terhadap cadangan yang diajukan dengan spontan walaupun ramai dah setuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah
5Saya _____ kena marah sebab langgar peraturan (sop)
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Sekali-sekala
D. Tidak pernah
6Saya Selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
7Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
8Saya tidak suka bagi pendapat semasa mesyuarat.
A. Benar
B. Neutral
C. Tidak Benar
9Saya tidak suka cadangan saya ditolak.
A. Ya
B. Tidak
10Saya gembira bila rakan sejawat dapat cemerlang dalam perkhidmatan.
A.Ya B.Tidak
C. Tidak Pasti

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Psikometrik Akauntan WA41

Contoh Soalan Psikometrik Akauntan WA41(Matematik)

*Dibawah merupakan contoh soalan psikometrik akauntan matematik sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan math untuk anda dalam membuat persiapan.

BILCONTOH SOALAN
1
Berapakah baki apabila RM100, 795 dibahagi 8?
A. 0.3 C. 3
B. 0.4 D. 4
Jawapan : C
2
Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter?
A. 250 C. 150
B. 200 D. 100
Jawapan : B
3Antara berikut yang manakah benar?
A. 0.32km bersamaan 3020m
B. 1.12km bersamaan 1012m
C. 0.45km bersamaan 4500m
D. 1.25km bersamaan 1250m
4Manakah yang memberikan nilai yang paling hampir kepada 8?
A. (8.4 x 3) / 3 B. (7.5 x 3) / 3
C. (6.2/ 3) x 4 D. (5.9/ 3) x 4
Jawapan : D
5125, 120, 110, X, 75, 50 apakah nilai X?
A. 105 C. 95
B. 100 D. 85
Jawapan : C
62 jam 55 minit + 48 minit + 3 jam 24 minit
A. 5 jam 07 minit C. 5 jam 27 minit
B. 7 jam 07 minit D. 6 jam 27 minit
Jawapan : B
7Sebuah gerai menjual nasi lemak telur berharga RM1.50 dan nasi lemak udang berharga RM1.80. Bilangan bungkusan nasi lemak yang dijual adalah sama dan keseluruhannya berjumlah 316 bungkus. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhannya?
A. RM284.40 C. RM521.40
B. RM474.80 D. RM568.80
Jawapan : C
8Nombor yang manakah TIDAK BOLEH dibahagi genap dengan 6?
A. 534 C. 384
B. 426 D. 376
Jawapan : D
9Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32 B. 3.2
C. 30.2 D. 32
10Berapakah baki apabila RM100,795 dibahagi 8?
A. 0.3  B. 0.4
C. 3     D. 4

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Psikometrik Akauntan WA41

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

*Dibawah merupakan contoh soalan peperiksaan akauntan secara online sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan untuk anda dalam membuat persiapan.

Segala contoh soalan peperiksaan akauntan dibawah adalah berkait dengan jawatan ini

Sebut mengenai milikan tunggal, yang mana berikut dibawah adalah SALAH?
I Pengumpulan modal daripada terbitan saham kepada orang ramai
II Liabiliti tidak terhad
III Laporan penyata kewangan hendaklah disiarkan melalui surat khabar
IV Seorang pemilik perniagaan sahaja
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

Jawapan: C

2. Dalam perakauan ianya diklasifikasikan sebagai proses?
I. Merekod
II. Mencatit
III. Meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara sistematik
IV. Debit dan Kredit
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II dan IV
D. I, III dan IV

Jawapan: B

3. Apa tujuan sebenar kita buat akaun dalam sesebuah organisasi?

I. Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada masa tertentu.
II. Segala hutang piutang perniagaan dapat dikawal dan dikutip.
III. Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai
tanggungan perniagaan beliau.
IV. Daya ingatan manusia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan
apa yang berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: D

4. Kitaran prosesan data terdiri daripada mana?

A. Input, Prosesan dan Output
B. Susun, Proses dan Kesimpulan
C. Penerimaan, Simpan dan Papar
D. Banding, Kira dan Output

Jawapan: A

5. Cukai  kepenggunaan  semasa  ialah?

I. Cukai  Jualan
II. Cukai Pintu
III. Cukai Tanah
IV. Cukai Perkhidmatan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Jawapan: B. I dan IV

6. Bila cukai jualan diperkenalkan?

A. 03 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 01 April 2015
D. 29 Februari 1972

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Temuduga Akauntan WA41

*Dibawah merupakan contoh soalan temuduga akauntan wa41 bagi jawatan ini sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan untuk anda dalam membuat persiapan.

Apa yang selalu ditanya dalam contoh soalan temuduga akauntan ini selalunya soalan yang berkait serta isu semasa.

➠Sila kenalkan diri anda serta latar belakang seringkas boleh?
➠Apa tugas sebenar akauntan?
➠Apa Isu terkini yang hangat dalam negara sekarang (intrend)?
➠Kenapa nak sangat kerja akauntan ni?
➠Apa fungsi seorang akauntan dalam kerajaan?
➠Adakah anda sanggup jika dihantar berkhidmat di pendalaman atau sabah dan sarawak?

Gred Gaji Akauntan

Berikut adalah kadar gaji akauntan JA29 yang kami rujuk melalui laman sesawang rasmi SPA.

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
JA29
RM1,549.00
RM5,701.00RM145.00

Tugas Jawatan

Sebagai pemegang amanah menjalankan tugas untuk jawatan ini, dibawah adala secara ringkas senarai tugas yang bakal dijalankan.

  • Mengendalikan pengurusan berkaitan fungsi-fungsi akaun dan kewangan pejabat kerajaan
  • Melaksanakan analisis laporan kewangan fungsi perbendaharaan

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

(Untuk dapatkan kemaskini terkini) 

➱ Join Telegram  : Telegram Channel Akauntan WA41