fbpx

Contoh Soalan Pegawai Syariah LS41 (Versi 2020)

Serba sedikit kami kongsikan tentang Ujian Psikometrik SPA, peperiksaan online serta temuduga bagi anda yang BERJAYA dapat dalam jawatan Pegawai Syariah LS41 tersebut baru-baru ini. Ada juga contoh soalan ada juga dalam bentuk matematik

Contoh soalan Pegawai Syariah LS41

Maklumat untuk jawatan ini akan dimaklumkan oleh Portal Rasmi SPA (Suruhanjaya Pekhidmatan Awam) bahagian penjadualan peperiksaan dimana ujian tesebut akan dijalankan untuk semua jenis (Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), dapat atau tidak bergantung pada permohonan semasa anda

Bentuk Soalan Yang Selalu Ditanya

Soalan kadangkala mudah, walaubagaimanapun ada juga yang memerlukan kemahiran berfikir anda secara kreatif dan pantas. Antara gambaran bentuk soalan seperti:

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  • Soalan Bahasa Inggeris
  • Pengiraan Matematik

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Syariah LS41

Kadangkala ujian psikometrik ini tiada , tetapi jika ada boleh rujuk contoh di bawah.

Ujian Psikometrik merupakan adalah test online dalam bentuk tiori serta ukur tahap pasikologi calon dalam menjawab soalan. Main point yang selalu ditekankan dalam ujian ini adalah uji tahap personaliti diri kita, sikap, nilai positif, toleransi, dan banyak lagi.

Tambahan kepada psikometrik ini, ada jawatan yang terdapat bahagian ujian psikometrik bahagian Matematik yang perlu anda buat.

*Dibawah adalah contoh soalan psikometrik pegawai syariah sahaja, apa yang dipaparkan dan dikongsikan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran untuk anda dalam membuat persiapan.

BILCONTOH SOALAN
1
Saya lebih suka jadi ketua daripadi ikut suruhan.
A. Ya
B. Tidak
2
Saya _____ bertolak ansur terhadap orang yang berjanji tetapi tak tepati
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah
3Saya selalu cenderung pilih pihak yang dapat banyak mejoriti dalam sesuatu perkara.
A. Ya
B. Tidak
4Tidak menjadi masalah bagi saya untuk bertemu orang.
A. Ya
B. Tidak
5Apabila ada peluang, kita tidak perlu lagi usaha
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
6Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C.Tidak Pasti
7Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
8Saya tidak suka bagi pendapat semasa mesyuarat.
A. Benar
B. Neutral
C. Tidak Benar
9Saya tidak suka cadangan saya ditolak.
A. Ya
B. Tidak
10Saya gembira bila rakan sejawat dapat cemerlang dalam perkhidmatan.
A.Ya B.Tidak
C. Tidak Pasti

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Syariah LS41

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Syariah LS41 (Matematik)

*Dibawah merupakan contoh soalan psikometrik pegawai syariah matematik sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan math untuk anda dalam membuat persiapan.

BILCONTOH SOALAN
1
Berapakah baki apabila RM100, 795 dibahagi 8?
A. 0.3 C. 3
B. 0.4 D. 4
Jawapan : C
2
Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit
A. 2 jam 15 minit C. 4 jam 15 minit
B. 2 jam 55 minit D. 4 jam 25 minit
Jawapan : C
3Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32 C. 30.2
B. 3.2 D. 32
Jawapan : D
4(3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0
Jawapan : B
5Bagi set data 6, 8, 10, 6, 5, 2, x, y kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x+y.
A. 17 C. 20
B. 18 D. 19
6Sebuah gerai menjual nasi lemak telur berharga RM1.50 dan nasi lemak udang berharga RM1.80. Bilangan bungkusan nasi lemak yang dijual adalah sama dan keseluruhannya berjumlah 316 bungkus. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhannya?
A. RM284.40 C. RM521.40
B. RM474.80 D. RM568.80
Jawapan : C
7Nombor yang manakah TIDAK BOLEH dibahagi genap dengan 6?
A. 534 C. 384
B. 426 D. 376
Jawapan : D
8Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit
A. 2 jam 15 minit B. 2 jam 55 minit
C. 4 jam 15 minit D. 4 jam 25 minit
9Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32 B. 3.2
C. 30.2 D. 32
10Dalam turutan nombor 2,3,5,8, … , apakah nombor yang ke 7?
A. 12 B. 17
C. 23 D. 24

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Syariah LS41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Syariah LS41

*Dibawah merupakan contoh soalan peperiksaan pegawai syariah secara Ujian Peperiksaan Online sahaja, untuk pengetahuan contoh soalan bagi jawatan ini belum ada yg khusus lagi, akan tetapi akan akan kemaskini jika ada terdapat soalan yang berkaitan dengannya..

Segala contoh soalan peperiksaan pegawai syariah yang bakal dikongsi nanti hanya sekadar contoh sahaja. Selalunya terdapat dua seksyen iaitu

Gambaran awal dalam setiap peperiksaan online ada dua seksyen iaitu

Seksen A – Pengetahuan Am (40 Minit)

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Syariah LS41

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Syariah LS41

*Dibawah merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Syariah LS41 bagi jawatan ini sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan untuk anda dalam membuat persiapan.

Apa yang selalu ditanya dalam contoh soalan temuduga pegawai syariah ini selalunya soalan yang berkait serta isu semasa.

➠Sila kenalkan diri anda serta latar belakang seringkas boleh?
➠Kenapa nak sangat kerja sebagai pegawai syariah ini?
➠Apa fungsi seorang pekerjaan pegawai syariahdalam kerajaan?
➠Apa Isu terkini yang hangat dalam negara sekarang (intrend)?
➠Adakah anda sanggup jika dihantar berkhidmat di pendalaman atau sabah dan sarawak?
➠Apa tugas sebenar pegawai syariah?

Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

Gred Gaji Pegawai syariah

Berikut adalah kadar gaji Pegawai Syariah LS41 yang kami rujuk melalui laman sesawang rasmi SPA.

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
LS41RM2,418.00RM9,607.00RM225.00

Tugas Jawatan

Sebagai pemegang amanah menjalankan tugas untuk jawatan ini, dibawah adala secara ringkas senarai tugas yang bakal dijalankan.

  • Ditugaskan dalam mengendalikan mahkamah syariah di peringkat daerah
  • Ditugaskan menjadi hakim mahkamah rendah syariah
  • Ditugaskan dalam membuat persediaan “Ground of Judgement” untuk kes rayuan.
  • Ditugaskan untuk membuat laporan undang-undang bagi terbitan jurnal undang-undang
  • Ditugaskan dalam membuat pengesahan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka ikut bidang kuasa yang ditetapkan

(Untuk dapatkan kemaskini terkini) 

➱ Join Telegram  : Telegram Channel Pegawai Syariah LS41