4 Ciri-Ciri Tamadun Islam Khusus Yang Anda Perlu Tahu

Secara dasarnya, pengertian tamadun dan tamadun Islam adalah hampir serupa sama ada dari sudut bahasa atau istilahnya.

Perkataan tamadun itu sendiri adalah perkataan yang diambil dari Bahasa Arab yang hampir menyamai perkataan Civilization dalam bahasa Inggeris dan Latin serta perabadan di dalam bahasa Melayu.

Fotokredit: yokosoeuropa.com

Pengertian Tamadun Islam

Tamadun Islam didirikan dengan bersumberkan wahyu (Al-Quran dan al-Hadis). Ini bermakna, Tamadun Islam tidak dibangunkan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata.  

Tamadun Islam dibangunkan oleh Masyarakat yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti bangsa Arab, Turki, Parsi, India , Sepanyol dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iatu konsep tauhid( meng-Esakan Allah s.w.t). 

Manakala golongan bukan Muslim yang bernaungan pemerintah muslim di anggap sebagaipenyumbang kepada pencapaian tamadun Islam.

Antara sumbagan golongan ini adalah menterjemahkan buku-buku daripada tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang penkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.

Ciri-ciri Tamadun Islam

Dalam Tamadun Islam. Terdapat beberapa ciri istimewa yang yang mungkin mempunyai persamaan dengan tamdun lain, cuma ciri yang ketara dalam Tamadun Islam adalah berpaksikan ketuhanan (Rabbani).

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya; Usulal-Dakmal telah menyebut empat (4) ciri-ciri utama tamadun Islam iaitu:-

1.     Bersifat Menyeluruh (sempurna)

Islam meliputi seluruh aspekkehidupan manusia termasuklah undang-undang(syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan sesama manusia. Ia juga menekankan dan menyeru keadilan untuk semua insan sama ada Islam ataupun bukan Islam. 

Dalam bidang kehakiman, Tamadun Islam telah membuktikan dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah. Ia juga meliputi sudut kenegaraan yangmeliputi hubungan di peringkat antarabangsa, ilmu pengetahuan dan ibadat.

2.     Bersifat Umum

Tamadun Islam bersifat sejagat dan terbuka. Maka tidak hairanlah apabila ia sesuai diamalkan oleh semua orang pada setiap masa dan tempat. Ini akan memberi peluang seluas-luasnya untuk manusia membina tamadun sejagat menurut citarasa sendiri tetapi berpaksikan ciri diatas.

3.     Bersifat tetap dan anjal

Tamadun Islam bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaanya. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya darisetiap sudut untuk merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai, bukan kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan unsur kerohanian.

4.      Bersifat ideal dan realistik

Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan mampu dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ganjaran Allah s.w.t. Tunjangnya ialah bersederhana dan sempurna. Ia realistik dari segi mengambil kira realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t.

Sumber Rujukan  :

1.  Abd. KarimZaidan, Usul al-Dakwah, ( al-Manar al-Islamiyah,1987),hlm 4-14.

2.  Sazeli Arif, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2007), Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn Bhd,hlm 53-54

3. Penerbit Universiti Malaysia , Tamadun Islam dan Tamdun Asia(2001),hlm 35

Share² lah yerr..