10 Ciri-Ciri Yang Selalu Digunakan Dalam Scandinavian Interior Design

Berminat hiasan rumah dengan konsep Scandinavian Interior Design? Ini 10 ciri-ciri yang selalu digunakan yang perlu anda tahu.

Scandinavian Interior Design ini adalah rekabentuk hiasan dalaman rumah yang popular di negara-negara Eropah merangkumi negara Denmark, Norway dan Sweden. Yang menariknya tentang gaya hiasan ini, ia sebenarnya sangat popular digunakan dalam kebanyakkan dekorasi atau hiasan interior yang anda lihat pada hari ini.

Mengetahui sedikit sebanyak tentang gaya hiasan Scandinavian Interior Design, ini 10 ciri-ciri utama yang selalu digunakan.

1. Tiada Karpet / Permaidani

1. Tiada Karpet / Permaidani

Mereka tidak menggunakan karpet/permaidani, sebaliknya hanya berlantaikan kayu sahaja.

2. Cahaya dan penyesuaian warna

2. Cahaya dan penyesuaian warna

Kerana musim sejuk sangat panjang bagi orang-orang Skandinavia, mereka lebih gemar memilih warna putih. Ini membantu ruang kelihatan cerah dan mewujudkan suasana lebih tenang.

3. Kayu

3. Kayu

Kebanyakkan lantai dan dinding orang Skandinavia diperbuat daripada kayu. Selaras dengan tema mereka, kayu yang digunakan biasanya merupakan kayu ringan seperti pokok bic dan pinus.

4. Garisan

4. Garisan

Penggunaan garisan, biasanya tidak terlalu ketara. Ia berfungsi untuk mewujudkan suasana yang lebih moden dan kelihatan tersusun.

5. Tidak serabut

5. Tidak serabut

Secara tradisional, kebanyakkan rumah orang Skandinavia sangat kecil, jadi mereka menghadkan penggunan perabot dalam rumah mereka. Gunakan apa yang perlu sahaja. Konsep yang sama digunakan dalam dekorasi minimalis.

6. Ringkas

6. Ringkas

Hiasan ringkas. Kebanyakkan dinding rumah mereka kosong, kalau ada pun hanya satu atau dua perkara sahaja. Contohnya bingkai gambar. Ini mengelekkan dari kelihatan membosankan.

7. Permainan minimal dan terhad

7. Permainan minimal dan terhad

Orang- orang Scandinavians juga gemar menyimpan benda-benda ringkas dan praktikal.

8. Cahaya semula jadi

8. Cahaya semula jadi

Membiarkan sebanyak mungkin cahaya masuk ke dalam rumah, sebab itu mereka menghadkan pengguna perabot di dalam rumah. Rumah nampak lebih cerah dan terang.

9. Tumbuhan hijau

9. Tumbuhan hijau

Untuk membantu menghidupkan ruang dan membawa masuk udara segar, pokok-pokok hijau juga merupakan salah satu hiasan yang digunakan dalam rumah mereka. 

10. Selesa

10. Selesa

Bukan sahaja menggunakan apa yang perlu sahaja, malah mereka mengutamakan keselesaan dalam setiap perkara yang digunakan.

Jangan lupa like dan follow kami di facebook untuk dapatkan lebih banyak tips dan menarik dari kami. Selamat membaca.

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment