Selamat Datang Ke Casa Caracol, Dunia Ikan Duyung

Casa Caracol, penginapan unik yang pasti membuatkan anda rasa seperti tinggal di dunia duyung.

Dibesarkan dengan cerita dongeng ikan duyung, pernah tak anda berangan untuk tinggal di dalam dunia ikan duyung? Tinggal di dalam istana terumbu karang yang besar, tidur di atas katil cengkeram yang empuk dan mandi di dalam kolam dalam laut, fantastik!

Sangat menyeronokkan! Mahu tak kalau kami terbangkan perasaan itu untuk anda? Jika ya, jangan risau, impian untuk tinggal dalam dunia ikan duyung boleh jadi kenyataan. Tapi bagaimana ya?

Anda boleh luangkan waktu bercuti di Isla Mujeres, Mexico dengan menginap di Casa Caracol. Rekabentuk rumah ini memang unik, seolah-olah sebuah rumah yang tenggelam jauh di dasar laut.Dari segi rekabentuk luaran sehinggalah interior dalaman, semuanya menggunakan tema laut

Casa Caracol boleh ditempah di laman web AirBnb dengan harga sewaan sekitar €186 sehingga €278 semalam bergantung pada musim dan waktu tertentu. Ini pilihan yang ideal dan unik untuk anda yang sukakan kelainan.

Tapi jika tidak ada kesempatan, apa kata anda cuci mata dengan melihat gambar-gambar yang kami paparkan dibawah. Memang syok  sungguh, yang lelaki mesti tak sabar nak jadi putera duyung dan yang perempuan pula nak jadi puteri duyung, tapi kalau boleh kami nak jadi raja duyung. The King Of Duyung, hahahaha.

Eh tiba-tiba rasa nak berenang pula!

Sumber: AirBnB

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of