Hapus Dosa Anda Dengan 5 Cara Solat Taubat Ini

Cara solat taubat juga antara pengetahuan ibadat yang perlu dikuasai setiap individu muslim. Ini kerana setiap hamba Allah tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan dosa.

Imej: TV3MALAYSIA Official (Primeworks)

Apa Itu Solat Sunat Taubat?

Solat Sunat Taubat adalah dibuat disebabkan untuk menginsafi dan menyesali perbuatan (dosa) yang  pernah kita lakukan atau dalam erti kata lain perkara yang melanggar perintah Allah. Solat taubat hendaklah dilakukan dengan sebenar benar taubat (Taubat Nasuha) kerana Allah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Apa Fadhilat Orang Bertaubat Ini?

- Diampunkan Allah SWT.

- Dipermudahkan segala urusan.

- Kehidupan seharian lebih ceria dan tenang.

- Menghilangkan perasaan yang menekan.

- Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Berapa Rakaat Solat Taubat Boleh Dibuat?

Boleh dibuat dalam 2, 4, atau 6 rakaat mengikut kemampuan.

Bila Boleh Lakukan Solat Taubat ?

Boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja yang anda inginkan, akan tetapi lebih afdal dilakukan pada sepertiga malam, kerana pada waktu tersebut adalah waktu yang paling tenang dan lebih fokus.

Di bawah kami tunjukkan  ialah cara mengerjakan solat taubat yang ringkas dan mudah dipraktikkan.

1. Niat

1. Niat

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah taala.”

2. Bacaan ketika solat

Pada rakaat pertama, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun, manakala pada rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

3. Bertasbih

3. Bertasbih

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang zalim.”

Ketika sujud terakhir pada rakaat kedua,  iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah tasbih berikut 40 kali.

4. Beristighfar

Selepas memberi salam, banyakkan beristighfar. Ada banyak cara istighfar. Anda boleh rujuk kepada bahan bacaan yang muktabar.

5. Doa taubat

Berdoalah mohon keampunan dan taubat daripada Allah swt dengan penuh pengharapan agar segala dosa diampunkan.

Video Ringkas Berkaitan Solat Taubat

Sumber Rujukan : 

- Media Prima 

- Primeworks

- TV3 Official Youtube

- Kira Studios