Cara Qada Solat Fardhu 5 Waktu Beserta Niat & Jadual Sebagai Panduan

Cara qada solat fardhu yang pernah kita tinggal adalah perkara “wajib” yg perlu kita lunas dengan Allah.

Cara Qada Solat Dengan Betul.

qada solat

Qada solat fardhu atau dalam bahasa mudah ialah ganti solat-solat waktu yang pernah anda tinggal sebelum ini dan serta dengan taubat kepada Allah supaya kita tidak akan buat lagi pada masa akan datang adalah perkara wajib yang perlu anda selesai sebelum mengadap ilahi.

Mula dengan niat, waktu mana yang ada nak qada.

Niat Solat Ganti.

Berikut adalah niat dari solat maghrib hingga solat asar bagi yang nak gantisolat yang pernah anda tinggal

Niat qada solat Maghrib.

1. Solat Maghrib (Usalli fardhaz maghribi thalatha raka’atin  qadaan lillahi ta’ala)
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat qada solat Isyak.

2. Solat Isyak (Usalli fardhas isya’i arba’a raka’atin qadaan lillahi taala)
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat qada solat Subuh.

3. Solat Subuh (Usalli fardhaz subhi raka’ataini qadaan lillahi ta’ala)
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat ganti solat Zuhur.

4. Solat Zuhur (Usalli fardhaz zuhri arba’a raka’atin  qadaan lillahi ta’ala)
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat ganti solat Asar.

5. Solat Asar (Usalli fardhaz asri arba’a raka’atin qadaan lillahi ta’ala)
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Setiap rakaat adalah ikut rakaat waktu qada anda, anda boleh buat pada bila-bila masa sahaja ikut anda selesa.

Jadual Sebagai Panduan.

Sebagai Panduan

Jadual ini adalah sebagai panduan sahaja untuk anda.

Sebagai contoh umur akil baligh anda 7 tahun dan sekarang umur anda 20 tahun makna dalam tempoh tersebut 13 tahun sebelum itu anda wajib untuk sattle setiap solat fardhu.

Dalam 13 tahun ibarat 50% anda solat, lagi 50% tinggal solat fardhu (contoh).

Jadi calculation +- anda perlu ganti sekitar 5waktu x 4735 hari  x 50% =11838 waktu anda wajib ganti. Dalam 11838 anda bahagi kepada lima waktu iaitu maghrib, isyak, qada solat subuh, zuhur, asar jadi, setiap waktu anggar dalam 2368 kali anda perlu selesai semua.

*Nampak banyak tapi kalau kita konsisten dengan niat solat ganti kerana allah insyallah Allah nampak usaha kita.

Jika dalam tempoh kita tengah nak selesai hutang Allah tiba-tiba kita meninggal atleast kita ada excuse untuk jawab di hadapan Allah nanti daripada tidak buat apa-apa tindakan.

Jadual qada solat dalam PDF.

Berkaitan Qada Solat Fardhu Yang Ditinggalkan.

Mukadimah, semoga info ini dapat beri manfaat kepada anda yang dalam proses qada solat kerana ALLAH S.W.T.

Share² lah yerr..
Categories Islamik

Leave a Comment