Buat Sarapan Pagi Gaya Pro, Menarik dan Paling Penting Sedap!

Disini kami kongsikan resepi membuat roti telur ‘cheese’ yang biasa dihidangkan di kafe-kafe mewah.

Kadang-kadang sampai jadi buntu nak buat sarapan apa – terutama  bila nak cepat di pagi hari. Paling mudah, ambil roti & sapu jem. Alahai, bosannya!

Jom kami kongsi bagaimana anda boleh menyediakan sarapan pagi yang sedap dan menarik dalam masa kurang 20 minit.  Roti telur ‘cheese’, sedap! Kalau kat kafe, biasa jual dalam RM7-8 jugak ni.

Bahan-Bahan untuk masak roti telur ‘cheese’

Bahan-Bahan untuk masak roti telur 'cheese'

Pertama sekali ambil 2 keping roti, telur, cheddar cheese, garam, serbuk lada hitam dan mentega. Paling senang boleh tempah bahan-bahan ini di Tesco Online. Semua ada.

Cara-cara untuk masak roti telur ‘cheese’

Cara-cara untuk masak roti telur 'cheese'

Tekan bahagian tengah roti dengan menggunakan sudu.

Lakukan dengan hati-hati supaya tidak menembusi roti

Pecahkan telur dan masukkan di tengah-tengah roti.

Masukkan sedikit garam dan lada hitam

Sapukan mentega sekelilingnya.

Taburkan “cheddar cheese” sekelilingnya.

Masukkan dalam oven dengan kepanasan 350 darjah celsius selama 10 minit. 

Kalau tak ada oven, anda mungkin boleh ke Lazada untuk membeli oven mengikut budget anda dengan hanya serendah RM50

Okeh, dah siap. Senang bukan? Lepas ni sarapan pagi anda tak ada la makan benda yang sama je kan? Selamat Mencuba!
Sumber

Leave a Reply