Kementerian Kewangan Kembalikan Bantuan Sara Hidup Rakyat Untuk Bujang

Kementerian Kewangan Malaysia melalui Menterinya, YB Lim Guan Eng hari ini mengumumkan yang Bantuan Sara Hidup (BSH) bujang

Hari ini di laman sosial rasmi Kementerian Kewangan Malaysia melalui Menterinya, YB Lim Guang Eng telah umumkan yang Bantuah Sara Hidup (BSH) bagi golongan bujang dikembalikan.

Untuk permulaan awal sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu ketegori bujang yang telah mendaftar di pengkalan data BSH 2018 lepas.

Menurutnya bayaran tersebut akan dimasukkan pada hujung bulan Mac 2019 terus ke akaun bank masing-masing. Kenyataan itu menyebut yang bantuan yang bakal diberikan ini akan memberi manfaat kepada lebih 3 juta rakyat dengan penglibatan peruntukkan sebanyak RM300 juta.

Selepas bayaran pertama ini selesai bayaran selanjutnya bagi kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang ini akan dikaji dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan tentang kadar tetapnya.

Sebelum ini bantuan BSHR bagi golongan bujang ditarik kerana kerajaan hanya memberikan keutamaan kepada golongan bekeluarga dengan menyediakan sekali kadar bayaran tambahan mengikut tanggungan keluarga itu.

Untuk tahun ini BSH 2019 sudahpun diberikan pada 28 januari lalu dengan nilai RM300 kepada isi rumah berdaftar.

Pemberian ini telah ditekankan oleh Timbalan Presiden Pakatan Harapan TPPPH dimana beliau menyarankan bantuan perlu diberi kepada golongan bujang yang bekerja tetapi pendapatan gaji bulanannya kecil.

Dari MOF

Leave a Comment