‘BreadCat’ Roti Berbentuk Kucing Yang Sungguh Comel

Kalau roti bentuk secomel ini rasa sayang pula nak makan.

Apa? Roti berbentuk seperti kucing? Comel sungguh! Tapi nanti dulu, jangan keliru pula, roti comel ini sebenarnya hanyalah mainan sahaja dan tidak boleh dimakan walaupun nampak sedap! Huhu.

BreadCat, mainan roti berbentuk seperti kucing ini adalah hasil seni oleh seorang artis dari Seol, Korea, Rato Kim. Beliau merupakan seorang artis yang terkenal dengan mengeluarkan rekabentuk mainan bertemakan kucing.

Untuk kali ini beliau cuba menghasilkan sesuatu rekaan yang sedikit lain dari sebelumnya, tetapi masih didalam kategori kucing. Jadi beliau cuba membuat mainan roti bertemakan kucing. Nampak lebih menarik apabila roti-roti ini diberikan emotikon yang sungguh comel!

Maklumat lanjut: Instagram

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment