Borang Permohonan Skim Pembiayaan Perumahan Belia BSN 2019

Ini adalah borang permohonan skim pembiayaan perumahan belia bsn serta butiran-butiran yang perlu anda bawa semasa mohon.

borang permohonan skim pembiayaan perumahan belia bsn

Jika anda berminat nak buat permohonan skim pembiayaan perumahan belia bsn ini perkara yang anda perlu sediakan adalah seperti berukut

Dokumen yang Diperlukan

  • Borang permohonan BSN Boleh download dibawah
  • Salinan Kad Pengenalan K/P.
  • Sijil nikah/perkahwinan yang sah.
  • Pemohon yang Bekerja Tetap / Pemohon yang Bersama (pasangan sahaja)
    • Sediakan Slip Gaji yangTerkini (asal dan salinan) untuk tempoh tiga (3) bulan.

Nota: Jika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji

  • Sediakan Penyata Bank Terkini untuk tempoh tiga (3) bulan
    • Slip Gaji dan Penyata Bank pastikan yang Terkini bagi tempoh enam (6) bulan untuk yang bekerja sendiri atau lain-lain pendapatan
  • Penyata KWSP
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Jika anda Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja) sila sediakan sekali
    • Pendaftaran Perniagaan/Syarikat (SSM)
    • Borang B / BE + Resit LHDN
    • Penyata Kewangan Syarikat
    • Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan
    • Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak)
  • Sediakan sekali Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P), yang telah distem. Jika S&P belum selesai, resit deposit/ pesanan pembelian pro forma boleh diterima untuk tujuan kelulusan permohonan
  • Sediakan sekali salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju)  daripada panel penilai BSN
  • Sediakan sekali salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
  • Pastikan akuan berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
  • Pastikan juga akuan berkanun telah ditandatangani oleh pemohon dan pasangan.
  • Borang permohonan skim pembiayaan perumahan belia bsn bagi akuan Berkanun Untuk Pemohon dan Borang Berkanun Untuk Pasangan

Borang Permohonan Skim Pembiayaan Perumahan Belia BSN (Download)

Rujukan