Borang Permohonan Dana Inspirasiku YaPEIM 2020

Ini adalah cara untuk anda membuat permohonan dana inspirasuku YaPEIM 2020 menerusi online ataupun borang manual

Sejak minggu lalu viral di media sosial mengenai permohonan Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) untuk keluarga B40 @ Pendapatan isi rumah RM4000 ke bawah dari YaPEIM

Setiap keluarga layak memohon lebih dari satu permohonan sekiranya setiap anak memenuhi kriteria dan syarat permohonan.

Dan sekiranya anda pernah dapat Dana Inspirasi Malaysia sebelum ini, anda masih boleh memohon kali kedua dan seterusnya sekiranya masih layak.

Tentang Bantuan

  • Bantuan diberikan kepada pelajar sekolah menengah, rendah dan IPT.
  • Jenis bantuan:
    • Maksima bantuan RM500 satu keluarga untuk sekolah rendah & menengah,
    • Maksima RM1000 untuk pelajar IPT.

Contoh:
Anak sekolah rendah + menengah = max RM500
Anak IPT = max RM1000
Sekiranya pemohon mempunyai anak di kedua-dua kategori, layak mendapat bantuan maksima RM1500.

  • Setiap keluarga layak memohon untuk setiap anak yang bersekolah rendah, menengah dan IPT.
  • Borang berasingan perlu diisi untuk pelajar sekolah dan IPT.
  • Sila lengkapkan kedua-dua helai borang yang disediakan berserta lampirkan kesemua 10 dokumen yang diminta bersama-sama setiap borang yang diisi.
  • Pastikan semua borang disahkan sebelum dihantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM yang berhampiran.
  • HANYA BORANG YANG LENGKAP AKAN DI PROSES.
  • Borang akan diproses dalam tempoh 30hari, pemohon boleh membuat semakan status permohonan di laman web YAPEIM tau.
  • Bantuan akan diagihkan secara tunai di cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh negara.
  • Permohonan terbuka kepada semua warnanegara Malaysia Golongan B40 tanpa mengira agama @ bangsa.
  • Borang permohonan boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM, Pejabat YAPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YAPEIM seluruh negara. Atau di laman web YAPEIM
  • Borang fotostat juga diterima.
  • TARIKH TUTUP UNTUK MEMOHON PADA 31.01.2020

Permohonan Bantuan Inspirasiku 2020

Secara Online

Permohonan juga boleh dibuat melalui online iaitu anda boleh terus key in maklumat yang diperlukan di Permohonan Bantuan YaPEIM

Secara Manual

Bagi anda yang nak buat permohonan secara manual (Isi Borang) boleh dapatkan di mana pejabat berikut

  • Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
  • Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
  • Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara

Atau Muat Turun Di Sini Borang Inspirasiku YaPEIM admin dah siap PDF kan Borang ni untuk korang

Jika anda pelajar sekolah perlu meminta ibu bapa mengisinya bagi bantuan IPT boleh diisi sendiri oleh pelajar

Dan menariknya bantuan ini tidak dihadkan untuk seorang anak sahaja.

Senarai semak dokumen sokongan yang diperlukan.

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan *(tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung *(tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  4. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  5. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  6. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan daripada pihak sekolah *(Permohonan bagi sekolah)
  7. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar *(Permohonan bagi yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi)
  8. Satu salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian Tinggi
  9. Satu salinan penyata akaun bank penerima manfaat

Incoming search terms:

  • borang yapiem
  • status permohonan yapeim