4 Tips Mudah Memilih Musim Sesuai Bercuti Ke Korea

Nak ke Korea, tapi tak tahu musim sesuai ke sana? Baca 4 tips mudah ini.

Kami percaya sejak kebelakangan ini ramai rakyat malaysia tertarik dengan Korea, Jadi tidak dinafikan mengapa lapangan terbang korea adalah lapangan terbang yang paling sibuk di dunia.

Khas untuk anda yang ingin bercuti ke Korea tetapi masih keliru memilih bulan sesuai ke sana. Disini kami ada 4 tips mudah untuk anda memilih musim yang sesuai bercuti ke Korea mengikut bulan.

Spring (Musim Bunga)

via: picswalls.com

Melihat keindahan bunga sakura. Ramai sudah tahu selain di Jepun, Korea juga popular dengan bunga sakura. Boleh dikatakan musim bunga ini berada di sepanjang bulan april. 

Tapi apa yang penting untuk anda tahu ialah musim bunga ini bukan menyeluruh pada semua tempat. Ia silih berganting contohnya kadang kadang di Nami Island tiada bunga, tetapi dibandar Seoul ada bunga. Ia berlaku pada tempat ke tempat dan saling silih berganti.

Autumn (Musim Luruh)

Autumn  (Musim Luruh)

via: pinterest.com

Musim luruh! Sangat cantik. Ini adalah sebab kenapa ramai orang berkunjung ke korea pada waktu ini terutama jurugambar. 

Ia sama juga seperti musim bunga, bukan berlaku pada semua tempat dan fenomena ini saling silih berganti. Ia selalunya berlaku pada penghujung bulan oktober atau pada bulan november sebelum masuknya musim sejuk.

Winter (Musim Sejuk)

Winter (Musim Sejuk)

via: flickr.com

Musim sejuk, biasanya bermula pada penghujung bulan november, tetapi kebanyakannya berlaku pada bulan disember, januari, febuari dan mac. Salji pula umumnya turun pada bulan januari dan sebaliknya pada penghujung bulan febuari.

Waktu yang digalakkan untuk pergi jika ingin bermain salji adalah pada sepanjang bulan januari. Tips ini dikongsikan oleh orang korea sendiri.

Perlu tahu! Jangan anggap salji sentiasa turun, ia sama seperti hujan. Salji turun pada waktu-waktu tertentu, tapi cukup mengambil masa tidak sampai satu jam sahaja untuk penuh!

Summer (Musim Panas)

Summer (Musim Panas)

via: theodysseyonline.com

Musim panas adalah musim terpanjang di korea. Ia berada didalam lingkungan bulan mei, jun, julai, ogos , september dan oktober. Walaupun musim panas tidak menerima ramai kunjungan pelancong dari malaysia, tetapi musim panas mempunyai kelebihan tersendiri. 

Diantaranya:
1- Sudah terbiasa dengan musim panas, tapi harus diketahui, panas di malaysia adalah panas lembab dan panas di korea adalah panas kering.
2- Tiket murah
3- Boleh cuba semua permainan menarik yang ada di taman tema terbesar di korea (Everland Theme Park).

Baca juga: 10 Tips Dan Panduan Menarik Tentang Guangzhou, China Yang Perlu Anda Tahu

Info tambahan: Kita di malaysia ada 2 bulan iaitu syahwal dan ramadhan, jadi jika ingin berkunjug ke korea pada musim ini, pastikan buat perancangan rapi. 2 minggu selepas syawal adalah waktu yang sesuai.

Tips ini dikongsikan oleh saudara Zulhilmi Safain dengan pengalaman melebihi 5 tahun sebagai pemandu pelancong di Korea.

Categories news