Evolusi Bebola Daging Ikea Untuk Tahun 2035

Paparan visual evolusi bebola daging untuk masa 19 tahun akan datang

Khas untuk anda yang suka makan bebola daging di Ikea, Disini ada 7 menu terbaru bebola daging yang dijangka akan dikeluarkan  pada tahun 2035, iaitu kira-kira 19 tahun akan datang. Untuk menu terbaru ini, Ia menggunakan beberapa bahan pra campur dan tidak hanya fokus kepada daging sahaja.

Dibawah ini adalah sebahagian daripada paparan visual yang dikeluarkan oleh Ikea future-living research lab  melalui laman Space10.

The Wonderful Waste Ball

The Wonderful Waste Ball

Bebola ini diperbuat daripada sisa-sisa makan untuk mengelakan pembaziran. Idea oleh UN Food and Agricultural Organisation. 

The Urban Farmer’s Ball

The Urban Farmer's Ball

Bebola yang diperbuat daripada sayur-sayuran. Idea ini adalah sebagai satu langkah untuk membantu ekonomi golongan petani di kawasan bandar dan merupakan altenatif terbaru kepada makanan tempatan

The Mighty Powder Ball

The Mighty Powder Ball

Bebola dengan serbuk yang kaya dengan sumber vitamin,protein, karbohidrat, lemak tidak tepu dan mineral. Ia boleh dijadikan sebagai makanan diet yang sihat.

The Lean Green Algae Ball

The Lean Green Algae Ball

Bola Alga Hijau. Alga adalah salah satu tumbuhan yang kaya dengan vitamin, protein dan mineral. Idea bebola dari Alga hijau ini tentunya sesuatu yang baik dan menyihatkan.

The 3D Printed Ball

The 3D Printed Ball

Evolusi bebola daging terbaru menggunakan kaedah percetakan 3D. Ia diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti berasaskan sayur-sayuran dan daging

The Nutty Ball

The Nutty Ball

Didalam industri makanan, Kekacang mendapat permintaan tinggi sejak kebelakangan ini. Untuk itu, Ikea akan mengeluarkan bebola dengan kacang yang sedap! Bukan itu sahaja,  tetapi bebola kacang ini kaya dengan mikronutrien dan protein yang tinggi.

The Crispy Bug Ball

The Crispy Bug Ball

Bebola  rangup ini diperbuat daripada serangga. Mengikut kajian, serangga pada umumnya mengandungi lebih banyak protein dengan kandungan lemak yang lebih rendah berbanding daging

Categories news

Leave a Comment