Backpack Sushi Gergasi Jadikan Anda Kelihatan Unik Ketika Mengembara

Rekaan Backpack ini hanya sesuai untuk anda yang berani dengan penampilan pelik. Yang ini baru hipster!

Ingin kelihatan lebih bergaya dan menyeronokkan ketika mengembara? Kami cadangkan anda bawa backpack sushi ini ketika mengembara, pastinya ia akan menjadikan anda kelihatan unik dan menarik perhatian.

Itupun kalau anda cukup berani untuk cuba sushi gergasi ini.

Backpack dengan rekabentuk yang kreatif ini dikeluarkan oleh syarikat Turn Over iaitu sebuah syarikat dari Jepun. Memang kreatif betul produk-produk dari negara matahari terbit ini. Ia tersedia dengan 3 rekabentuk sushi yang berbeza iaitu tamagoyaki, salmon, dan udang.

Rekaan backpack yang paling cool pernah kami lihat setakat ini, tetapi hati-hati jika memakai beg ini, jangan terkejut pula jika ramai orang cuba menggigit anda kerana beg ini nampak sangat sedap untuk dimakan! Hahahaha.

Maklumat lanjut: Turn Over

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of