Dekorasi Apartment Yang Diinspirasikan Dari Filem Star Wars

Peminat Star Wars pasti suka dengan dekorasi yang ada pada rumah ini.

Setiap orang mempunyai impian sendiri. Dari segala segi semua orang ada menanam impian, baik kereta, pasangan hidup, pakaian dan rumah. Mempunyai sebuah rumah impian tentunya sangat menyeronokkan bukan?

Jika anda impikan sebuah rumah besar dan mewah, anda memang sangat awesome! Kalau boleh kami pun mahu. Tapi tidak semua orang begitu, setiap orang mempunyai citarasa tersendiri .

Anda memilih pilihan anda, dan mereka memilih pilihan mereka. Begitu juga dengan keluarga ini, dia memilih untuk mempunyai sebuah rumah Star Wars! Ya, rumah Star Wars. Sangat unik.

Sebuah rumah yang diinspirasikan dari filem Star Wars. Rumah jenis apartment ini nampak sangat ceria dan menyeronokkan. Lihat sahaja rekabentuk lampu yang ada pada rumah ini, ia begitu mirip dengan lightsabers  tambahan pula segala hiasan dan perabot juga menggunakan konsep yang sama.

Dekorasi dan rekabentuk rumah ini adalah hasil sentuhan oleh White Interior Design. Melihat rumah ini kami berharap ia boleh dijadikan inspirasi untuk anda mempunyai sebuah rumah dengan tema tersendiri.

Photo by HighliteImages

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment