Apa itu ICERD? Ini Sejarah bagaimana terciptanya konvensyen tersebut

International Convection on the Elimination of All Racial Discrimination (ICERD) ialah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia, bagaimana ianya bermula?

Fotokredit: freemalaysiatoday.com

International Convection on the Elimination of All Racial Discrimination (ICERD) ialah salahsatu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuat kuasa dari tahun 1969, untuk menghapuskan semua bentuk penindasan manusia kerana latarbelakang kaum, kepercayaan, agama dan menentang apa-apa ucapan yang menghasut manusia daripada bergaduh kerana kaum dan menggangap itu sebagai satu bentuk jenayah.

Konvensyen itu telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21Disember 1965 dan mula berkuat kuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini,Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel. 

Tujuan ICERD ditubuhkan adalah untuk menentang diskiriminasi antara warna kulit, bangsa, kepercayaan, agama dan sebagainya. Contoh paling ketara boleh dilihat ialah Politik Apartheid di Afrika Selatan 1948-1994 M.  Politik Apartheid merupakan penindasan hakpolitik masyarakat kulit hitam yang membezakan penduduk berdasarkan warna kulitdan bangsa.  Penindasan  ini dimulai oleh orang-orang kulit putih di Afrika Selatan pada awal abad ke-20 .

Holocaust di Jerman

Holocaust di Jerman Fotokredit: sahistory.org.za

Selain itu, Holocaust di Jerman, merupakan penindasan dan pemusnahan sistematik yang diketui oleh Nazi Jerman danpengikutnya terhadap kaum Yahudi di Eropah antara tahun 1933 hingga 1945apabila bangsa Aryan di pandang lebih tinggi dari bangsa Yahudi. Bangsa Yahudi merupakan mangsa utamanya dimana seramai 6 juta orang diseksa. 

Kejadian Antisemitisme 1960

Kejadian Antisemitisme 1960

Penubuhan konveksyen

Pada Disember 1960, selepas kejadian antisemitisme (sikap benci  terhadap agama, bangsa dan etnik terhadap seseorang atau kelompok)di beberapa bahagian dunia, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan satu resolusi yang mengarahkan semua manifestasi dan amalan kebencian kaum, agama dan nasional sebagai penentangan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia. PBB menyeru kerajaan di semua negeri untuk mengambil semua langkah yang untukmenghalang semua manifestasi kebencian kaum, agama dan kebangsaan”.

Majlis Ekonomi dan Sosial merangka penyelesaian mengenai manifestasi anti perkauman dan intoleransi nasional dan agama, menyeru kerajaan untuk mendidik orang ramai terhadap sikap tidak bertoleransidan membatalkan undang-undang yang diskriminatif. Kekurangan masa menghalangnya daripada dipertimbangkan oleh Perhimpunan Agung pada tahun 1961, tetapi iadiluluskan pada tahun berikutnya.

Semasa perbahasan awal mengenai resolusi ini,negara-negara Afrika yang diketuai oleh Republik Afrika Tengah, Chad, Dahomey,Guinea, Côte d'Ivoire, Mali, Mauritania, dan Upper Volta mendorong tindakanyang lebih konkrit mengenai isu itu, dalam bentuk sebuah negara antarabangsa konvensyen terhadap diskriminasi kaum. Sesetengah negara memilih perisytiharandan bukan konvensyen yang mengikat.

Sementara yang lain mahu menangani intoleransi kaum dan agama dalam satu instrument. Dalam persidangan ketiga untuk membincangkan isu tersebut, PBB mengambil keputusan mahu memecahkan konvensyen itu kepada dua konvensyen berasingan - satu bahagian khas untukmenangani masalah berkaitan agama dan satu lagi bahagian berkaitan prejudis terhadap kaum atau bangsa.

Berikutan gerakan antisemistime yang semakin kuat, wujud desakan untuk PBB mempercepatkan lagi kelulusan resolusi berkaitan kaumterlebih dahulu, jadi PBB bersetuju untuk melaksanakan kelulusan resolusi tersebut lebih awal.

Draf Deklarasi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Bangsatelah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung pada 20 November 1963 Pada hari yang sama, Perhimpunan Agung menggesa Majlis Ekonomi dan Sosial dan Suruhanjayamengenai Hak Asasi Manusia untuk membuat penggubalan Konvensyen mengenai perkara itu sebagai keutamaan mutlak. Draf itu telah disiapkan pada pertengahantahun 1964, tetapi kelewatan dalam Perhimpunan Agung bermakna ia tidak dapat diterima pada tahun itu. Ia akhirnya diterima pada 21 Disember 1965.

Rujukan :

1.     Encyclopedia (WW2 & Holocaust)

2.     Wawasan Sejarah (apartheid)

3.     Iluminasi (Bagaimana Ianya Bermula)

4.     Wikipedia (Icerd)