Alunan Resort Menjadikan Percutian Anda di Pulau Perhentian Lebih Menarik

Jika anda berkunjung ke Pulau Perhentian, Alunan Resort adalah tempat yang sangat selesa untuk anda khusus bagi pasangan berbulan madu mahupun yang berkeluarga.

Alunan Resort terletak di Pulau Perhentian kecil dan  dibuka kira-kira setahun yang lepas. Menariknya resort ini mempunyai senibina moden dan menyediakan pelbagai kemudahan menarik. 

Pengunjung boleh menikmati pemandangan pantai dengan santai

Pengunjung boleh menikmati pemandangan pantai dengan santai

Buat pengetahuan anda, berada di pulau adalah sangat sukar untuk mendapatkan kemudahan yang serba lengkap. Jadi Alunan Resort cuba menyediakan kemudahan yang terbaik buat pengunjungnya. 

Antara Kemudahan yang disediakan adalah: Restaurant,Perpustakaan, Wi-Fi percuma, perhidmatan sewa Kayak dan peralatan snorkeling, bola tampar pantai, Pengangkutan ulang-alik percuma setiap hari ke Long Beach dan perkampungan berdekatan & BBQ setiap petang

Berapa budget untuk resort ini?

Berapa budget untuk resort ini?

Pakej bilik adalah antara RM599 semalaman. Mungkin anda boleh ke websitemereka untuk sebarang promosi dan potongan harga.

Pakej bilik macam mana?

Pakej bilik macam mana?

Mereka menyediakan 4 jenis bilik mengikut keselesaan pengunjung iaitu bagi 2 orang mahupun yang sudah berkeluarga. 

Tempat yang sesuai bagi mereka yang mahukan ketenangan

Tempat yang sesuai bagi mereka yang mahukan ketenangan

Kebanyakkan tetamu mereka memberi rating 4-5 bintang untuk perkhidmatan mereka. Anda boleh baca lebih lanjut di TripAdvisor

Aktiviti yang boleh anda lakukan?

Aktiviti yang boleh anda lakukan?

Bagi mereka yang mahukan cabaran dan lebih banyak aktiviti, anda boleh mencuba Scuba Diving, Snorkelling, Beach & Island Hopping, kayak, memancing, meneroka hutan dan juga makan malam bersama orang kampung di situ. Dua hari pun tak cukup ni.

Mengapa perlu berkunjung ke Pulau Perhentian?

Mengapa perlu berkunjung ke Pulau Perhentian?

Pulau Perhentian berada dalam kedudukan ke 13 untuk pantai terbaik di dunia. Rugi weh tak datang sini. Air jernih, makanan pun sedap. Siapa pernah ke sini? Kongsi sikit pengalaman korang.

Gambar dikongsikan oleh Nuar Al-awwa

Categories news