5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Pada Hujung Minggu

Tak tahu nak buat apa hujung minggu? Anda mungkin berminat dengan aktiviti ini.

Hari minggu membosankan? Anda menjalani runtin yang sama setiap minggu atau hanya berehat di rumah sahaja? Apa kata cuba penuhkan hujung minggu anda dengan aktiviti yang sihat.

Disini kami ada beberapa aktiviti yang mungkin akan menceriakan hujung minggu anda, sudah pastinya baik untuk kesihatan dari segi fizikal dan mental.

Kitaran runtin yang sama dalam kehidupan harian membosankan, jom lawan kebosanan itu!

1. Berjalan Di Tepi Pantai

1. Berjalan Di Tepi Pantai

Luangkan masa anda untuk berjalan di tepi pantai, berjalan di tepi pantai secara zahirnya akan memberikan anda ketenang, boleh di katakan ia adalah waktu rehat untuk otak anda.

Tekanan di tempat kerja? Biarkan otak anda berehat dengan menikmati betapa indahnya permandangan di tepi pantai. Kita di Malaysia memang beruntung kerana banyak pantai-pantai yang cantik ada di Malaysia.

2. Mendaki

2. Mendaki

Anda yang minat dengan aktiviti yang lebih lasak boleh cuba isikan waktu anda dengan mendaki, kalau nak yang lebih ringan boleh cuba panjat bukit. Keluarkan sedikit peluh, boleh buang toksin-toksin dalam badan tu. 

3. Berkayak

3. Berkayak

Jarang kita lihat hari ini orang berkayak, mungkin sebab tempat berkayak di Malaysia ini terhad. Berkayak juga di antara aktiviti lasak dan menyeronokkan, bukan sahaja menyihatkan badan, tapi ia juga boleh mencabar keupayaan diri anda.

Oh ya, berkayak juga sangat baik sebagai latihan kepada lengan anda!

4. Berbasikal

4. Berbasikal

Berminat untuk aktiviti santai sambil melihat permandangan sekeliling, berbasikal adalah pilihan yang paling tepat. Sekarang ini tak perlu ada basikal sendiri pun tak apa, banyak taman rekreasi di Malaysia yang ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal.

5. Berenang

5. Berenang

Aktiviti bermain air memang seronok, sesuai dengan musim panas di Malaysia, bolehlah sejukkan badan sedikit betul tak? Nak lagi seronok boleh pilih lokasi percutian seperti pulau-pulau, di tepi sungai ataupun air terjun. Berkelah sambil mandi-manda pun seronok juga.

Ayam panggang!

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment