Aircond Kereta Tak Sejuk, Apa Puncanya?

Penghawa Dingin atau lebih dikenali sebagai Aircond adalah merupakan satu sistem yang penting dalam kereta. Fungsinya sama seperti penghawa dingin di rumah, bangunan dan peti sejuk iaitu menyejukkan dan mengurangkan kelembapan dalam kereta untuk memberikan keselesaan ketika dalam perjalanan jauh.

Fotokredit: Auto Air Con Parts

Bagaimana sistem aircond berfungsi?

Sistem penghawa dingin menggunakan prinsip penyejatan dan kondensasi,kemudian  pemampatan dan regangan. Terdapat lima (5) komponen penting dalam sistem aircond iaitu

  • Compressor
  • Condenser dan kipas
  • Filter dryer
  • Expansion valve
  • Evaporator dan blower.   

Sistem penghawa dingin berfungsi apabila gas yang masuk ke dalam compressor akan  bercampur dengan minyak yang terdapat didalamnya dan akan termampat dan menghasilkan cecair pada suhu yang tinggi dan mengalir melalui condenser dan kipas.

Kipas akan mengurangkan suhu yang tinggi kepada suhu air suam dan kemudiannya melalui filter dryer. Filter dryer akan menapis debu-debu dan kelembapan yang terdapat pada cecair tadi dan kemudiannya mengalir ke expension valve.

Expension valve menukarkan cecair suhu suam kepada gas yang sejuk. Gas yang sejuk akan melalui cooling coil yang terdapat di bahagian dalam kereta. Blower membantu meniup gas yang sejuk melalui cooling coil dan mengeluarkan angin yang bersuhu sejuk ke sekitar dalam kereta.

Air cond yang kurang sejuk  agak kurang menyenangkan .Lebih-lebih lagi kepada yang mempunyai masa perjalanan yang agak panjang dengan cuaca yang agak panas sekarang. Pastinnya ini menjadi satu isu yang besar buat anda kerana anda tidak mengetahui punca aircond kereta anda kurang sejuk.

Punca Aircond Kereta Tak Sejuk , berikut di kongsikan antara kenapa air cond kereta tak sejuk :-

  • Gas aircond tiada atau kurang
  • Compressor rosak
  • Kipas atau condenser tidak berfungsi
  • Sistem aircond tersumbat
  • Masalah sistem pendawaian aicond

Untuk memastikan sistem aircond dalam keadaan baik  anda perlu menjaganya dengan memeriksa dan selalu servis supaya aicond anda sentiasa ok tanpa sebarang masalah aircond kereta tak sejuk.

Share² lah yerr..