Senarai Tugas Pegawai Keselamatan Gred KP41 Malaysia (Informative)

Ini adalah senarai bidang tugas pegawai keselamatan dalam jawatan sektor kerajaan malaysia yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan untuk anda sebagai salah seorangan darinya atau majikan.

Tugas Pegawai Keselamatan Malaysia

tugas pegawai keselamatan

Jawatan pegawai keselamatan dengan gred KP41 merupakan antara jawatan peringkat ijazah yang terdapat dalam sektor kerajaan malaysia. Dimana terdapat beberapa syarat untuk melayakan diri untuk ditawarkan jawatan tersebut

Syarat Jawatan Pegawai Keselamatan KP41

Berikut adalah syarat yang perlu ada bagi pemohonan jawatan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mesti mempunyai ijazah sarjana muda atau sekurangnya sebagai bekas anggota polis atau tentera yang sekurang kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Ataupun sekurangnya memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian sekurangnya dapat C dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM/SVM atau setaraf denganya dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Tertakluk kepada kekosongan jawatan pegawai keselamatan yang sedang berkhidmat dalam jawatan “Penolong Pegawai Keselamatan” juga layak untuk dipertimbangkan secara lantikan ke jawatan ini
  • Untuk rujuk (gaji jawatan pegawai keselamatan) untuk menyemak gaji terkini bagi jawatan tersebut

Syarat Fizikal

  1. Tinggi atleast 1.57m untuk lelaki dan 1.53m bagi wanita
  2. Berat pula atleast 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
  3. BMI hendaklah berata antara julat 19 hingga 26
  4. Untuk lelaki sahaja, ukuran dada mestilah atleast 79sm dan 84 sm semasa tarik nafas
  5. Mesti lulus dalam ujian penglihatan mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata
  6. Pengecaman warna serta pendengaran tidak cacat
  7. Pastikan diakui sihat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

Bidang Tugas Pegawai Keselamatan

Berikut adalah bidang tugas pegawai keselamatan (job scope) yang perlu dilakukan jika anda menyandang jawatan ini

  • Dipertanggungjawabkan dalam menjalankan tugas mengenai keselamatan perlindungan di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan
  • Ianya meliputi tugas-tugas
    • Mengendalikan latihan
    • Memberi ceramah
    • Menjalankan pemeriksaan keselamatan
    • Membuat siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi
    • Penentuan sistem perkhidmatan anggota keselamatan dan sistem kawalan keselamatan peribadi

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of