Senarai Tugas Pegawai Kesatria Gred S41 Malaysia (Informative)

Ini adalah senarai bidang tugas pegawai kesatria dalam jawatan sektor kerajaan malaysia yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan untuk anda sebagai salah seorangan darinya atau majikan.

Tugas Pegawai Kesatria Malaysia

tugas Pegawai Kesatria

Jawatan pegawai kesatria dengan gred s41 merupakan antara jawatan peringkat ijazah yang terdapat dalam sektor kerajaan malaysia. Dimana terdapat beberapa syarat untuk melayakan diri untuk ditawarkan jawatan tersebut

Syarat Jawatan Pegawai Kesatria S41

Berikut adalah syarat yang perlu ada bagi pemohonan jawatan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia
  • Atau sekurangnya merupakan bekas Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia atau Kapten Angkatan Tentera Malaysia atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
  • Ataupun sekurangnya memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia
  • Kepujian sekurangnya dapat C dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM/SVM atau setaraf denganya dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Tertakluk kepada kekosongan jawatan pegawai kesatria yang sedang berkhidmat dalam jawatan “Penolong Pegawai Kesatria” juga layak untuk dipertimbangkan secara lantikan ke jawatan ini
  • Untuk rujuk (gaji jawatan pegawai kesatria) untuk menyemak gaji terkini bagi jawatan tersebut

Syarat Fizikal

  1. Tinggi atleast 1.57m untuk lelaki dan 1.53m bagi wanita
  2. Berat pula atleast 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
  3. BMI hendaklah berata antara julat 19 hingga 26
  4. Untuk lelaki sahaja, ukuran dada mestilah atleast 79sm dan 84 sm semasa tarik nafas
  5. Mesti lulus dalam ujian penglihatan mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata
  6. Pengecaman warna serta pendengaran tidak cacat
  7. Pastikan diakui sihat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

Bidang Tugas Pegawai Kesatria

Berikut adalah bidang tugas pegawai kesatria (job scope) yang perlu dilakukan jika anda menyandang jawatan ini

  • Dipertanggungjawabkan dalam merancang, mengurus serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawad pasukan pancaragam/muzik dan menguatkuasakan disiplin pelatih.

Rujukan : g