Senarai Tugas Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 Malaysia (Informative)

Ini adalah senarai bidang tugas pegawai kawalan alam sekitar dalam jawatan sektor kerajaan malaysia yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan untuk anda sebagai salah seorangan darinya atau majikan.

Tugas Pegawai Kawalan Alam Sekitar Malaysia

tugas pegawai kawalan alam sekitar

Jawatan pegawai kawalan alam sekitar dengan gred s41 merupakan antara jawatan peringkat ijazah yang terdapat dalam sektor kerajaan malaysia. Dimana terdapat beberapa syarat untuk melayakan diri untuk ditawarkan jawatan tersebut

Syarat Jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41

Berikut adalah syarat yang perlu ada bagi pemohonan jawatan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mesti mempunyaui ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang ekologi, fizik, kimia hayat, kaji hayat atau ijazah sarjana muda sains kepujian dalam  bidang alam sekitar ataupun ijazah sarjana muda kejuruteraan awam, mekanikal, kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian sekurangnya dapat C dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM/SVM atau setaraf denganya dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Tertakluk kepada kekosongan jawatan pegawai kawalan alam sekitar yang sedang berkhidmat dalam jawatan “Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar” juga layak untuk dipertimbangkan secara lantikan ke jawatan ini
  • Untuk rujuk (gaji jawatan pegawai kawalan alam sekitar) untuk menyemak gaji terkini bagi jawatan tersebut

Bidang Tugas Pegawai Kawalan Alam Sekitar

Berikut adalah bidang tugas pegawai kawalan alam sekitar (job scope) yang perlu dilakukan jika anda menyandang jawatan ini

Dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan aktiviti penguatkuasaan

  • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Menilai pencapaian program penguatkuasaan Akta-akta tersebut.

Rujukan : Spa (GOV)