Senarai Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 Malaysia (Informative)

Ini adalah senarai bidang tugas pegawai hal ehwal islam dalam jawatan sektor kerajaan malaysia yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan untuk anda sebagai salah seorangan darinya atau majikan.

Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Malaysia

tugas pegawai hal ehwal islam

Jawatan t dengan gred s41 merupakan antara jawatan peringkat ijazah yang terdapat dalam sektor kerajaan malaysia. Dimana terdapat beberapa syarat untuk melayakan diri untuk ditawarkan jawatan tersebut

Syarat Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41

Berikut adalah syarat yang perlu ada bagi pemohonan jawatan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mesti mempunyaui ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ataupun mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian sekurangnya dapat C dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM/SVM atau setaraf denganya dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Tertakluk kepada kekosongan jawatan pegawai hal ehwal islam yang sedang berkhidmat dalam jawatan “Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam” juga layak untuk dipertimbangkan secara lantikan ke jawatan ini
  • Untuk rujuk (gaji jawatan pegawai hal ehwal islam) untuk menyemak gaji terkini bagi jawatan tersebut

Bidang Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam

Berikut adalah bidang tugas pegawai hal ehwal islam (job scope) yang perlu dilakukan jika anda menyandang jawatan ini

Dipertanggungjawabkan dalam mengetuai satu unit kecil/pasukan kerja sama ada dalam pengurusan dakwah/latihan/penyelidikan/penguatkuasaan undang-undang/pengurusan dan pengimarahan masjid/pengurusan Baitulmal/pengurusan halal.

  1. Selaraskan, membantu serta merancang apa jua program berkaitan keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  2. Dipertanggungjawab dalam menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  3. Pantau serta analisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  5. Bantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang serta melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  6. Dipertanggungjawabkan dalam menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  7. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Comment