Senarai Tugas Pegawai Dietetik Gred U41 Malaysia (Informative)

Ini adalah senarai bidang tugas pegawai dietetik dalam jawatan sektor kerajaan malaysia yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan untuk anda sebagai salah seorangan darinya atau majikan.

Tugas Pegawai Dietetik Malaysia

tugas pegawai dietetik

Jawatan pegawai dietetik dengan gred U41 merupakan antara jawatan peringkat ijazah yang terdapat dalam sektor kerajaan malaysia. Dimana terdapat beberapa syarat untuk melayakan diri untuk ditawarkan jawatan tersebut

Syarat Jawatan Pegawai Dietetik U41

Berikut adalah syarat yang perlu ada bagi pemohonan jawatan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mesti mempunyaui ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang dietetik, pemakanan atau sains pemakanan atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Ataupun mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ekonomi rumah tangga (home economics) serta memiliki diploma pasca siswazah dalam bidang dietetik yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Kepujian sekurangnya dapat C dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM/SVM atau setaraf denganya dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Untuk rujuk (gaji jawatan pegawai dietetik) untuk menyemak gaji terkini bagi jawatan tersebut

Bidang Tugas Pegawai Dietetik

Berikut adalah bidang tugas pegawai dietetik (job scope) yang perlu dilakukan jika anda menyandang jawatan ini

  • Perkhidmatan Dietetik Klinikal
    • Laksanakan langkah mengenai nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation untuk setiap pesakit dalam ataupun pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
  • Perkhidmatan Dietetik Komuniti
    • Memberi sumbangan untuk program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
  • Penyediaan Perkhidmatan Makanan
    • Melakukan seliaan operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang telah disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
  • Latihan
    • Beri latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
  • Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Comment