Senarai Tugas Leftenan Muda Maritim Gred T13 Malaysia (Informative)

Ini adalah senarai bidang tugas leftenan muda maritim dalam jawatan sektor kerajaan malaysia yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan untuk anda sebagai salah seorangan darinya atau majikan.

Tugas Leftenan Muda Maritim Malaysia

tugas leftenan muda maritim

Jawatan leftenan muda maritim dengan gred T13 merupakan antara jawatan peringkat ijazah yang terdapat dalam sektor kerajaan malaysia. Dimana terdapat beberapa syarat untuk melayakan diri untuk ditawarkan jawatan tersebut

Syarat Jawatan Leftenan Muda Maritim T13

Berikut adalah syarat yang perlu ada bagi pemohonan jawatan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Ijazah sarjana muda kepujian atau ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains nautikal, sains samudera, pengajian kelautan (maritime studies atau Ijazah Sarjana Muda Undang-undang atau ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan ataupun Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan kesemunya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian sekurangnya dapat C dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM/SVM atau setaraf denganya dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Tertakluk kepada kekosongan jawatan Laftenenan Muda Maritim, anda yang sedang berkhidmat dalam jawatan “Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim” juga layak untuk dipertimbangkan secara lantikan ke jawatan ini
  • Untuk rujuk (gaji jawatan leftenan muda maritim) untuk menyemak gaji terkini bagi jawatan tersebut

Syarat Fizikal

  1. Tinggi atleast 1.63m untuk lelaki dan 1.57m bagi wanita
  2. Berat pula atleast 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita
  3. BMI hendaklah berata antara julat 19 hingga 26
  4. Untuk lelaki sahaja, ukuran dada mestilah atleast 81sm dan 86 sm semasa tarik nafas
  5. Mesti lulus dalam ujian penglihatan mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata
  6. Pengecaman warna serta pendengaran tidak cacat
  7. Pastikan diakui sihat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

Bidang Tugas Leftenan Muda Maritim

Berikut adalah bidang tugas leftenan muda maritim (job scope) yang perlu dilakukan jika anda menyandang jawatan ini

  • Tanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan
    • Melaksanakan tugas
    • Mencari dan Menyelamat
    • Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan
  • Memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar
  • Melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.
  • Tugas-tugas laian di zon miritim Malaysia seperti
  • Menyelamat
  • Mengawal dan mencegah pencemaran maritim
  • Pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik
  • Jika Berlaku darurat semua tugas yang dilaksanakan akan berada di bawah seliaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Comment