Senarai Tugas Kurator Gred S41 Malaysia (Informative)

Ini adalah senarai bidang tugas kurator dalam jawatan sektor kerajaan malaysia yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan untuk anda sebagai salah seorangan darinya atau majikan.

Tugas Kurator Malaysia

tugas kurator

Jawatan kurator dengan gred s41 merupakan antara jawatan peringkat ijazah yang terdapat dalam sektor kerajaan malaysia. Dimana terdapat beberapa syarat untuk melayakan diri untuk ditawarkan jawatan tersebut

Syarat Jawatan Kurator S41

Berikut adalah syarat yang perlu ada bagi pemohonan jawatan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mesti mempunyaui Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sosiologi, antrapologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, permuziuman, konverservasi atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Ataupun mempunyai ijazah sarjana dalam bidang permuziuman yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Kepujian sekurangnya dapat C dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM/SVM atau setaraf denganya dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Tertakluk kepada kekosongan jawatan kurator yang sedang berkhidmat dalam jawatan “Penolong Kurator” juga layak untuk dipertimbangkan secara lantikan ke jawatan ini
  • Untuk rujuk (gaji jawatan kurator) untuk menyemak gaji terkini bagi jawatan tersebut

Bidang Tugas Kurator

Berikut adalah bidang tugas kurator (job scope) yang perlu dilakukan jika anda menyandang jawatan ini

  • Tugas umum sebagai kurator adalah dipertanggungjawabkan dalam menjalankan tugas berkaitan pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti
    • Pameran
    • Pemuliharaan
    • Konservasi benda-benda purba
  • Penyelidikan berkaitan
    • Arkeologi
    • Flora dan fauna,
    • Kebudayaan negara
  • Memberi khidmat nasihat permuziuman
  • Menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.

Skop Lebih Mendalam Adalah

  • Rancang serta ketuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja alam kemanusiaan, penyelidikan warisan sejarah, alam semula jadi, budaya serta perkara yang berkaitan dengannya
  • Rancang dan kumpul segala koleksi untuk dipamerkan serta menyediakan ‘write up’, ‘caption’, label atau sebagainya yang berkaitan dengan pameran
  • Rancang & urus sumber manusia jabatan dan selaraskan segala aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara.
  • Dokumentasi serta katalog kan koleksi muzium secara sistematik, simpan data-data hasil dari penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan (reference).
  • Mengetuai dan dan jalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak tanah, monumen bersejarah atau seumpamanya.
  • Ketuai serta selaraskan kerja-kerja cari gali tanah

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Comment