Senarai Tugas Jururawat Gred U29, U32, U36, Dan U41 Malaysia (Healthful)

Ini adalah senarai bidang tugas Jururawat dalam jawatan sektor kerajaan malaysia yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan untuk anda sebagai salah seorangan darinya atau majikan.

Tugas Jururawat Malaysia

tugas jururawat

Jawatan jururawat dengan gred U29, U32, U36, Dan U41 merupakan antara jawatan pelbagai peringkat kelayakan yang terdapat dalam sektor kerajaan malaysia. Dimana terdapat beberapa syarat untuk melayakan diri untuk ditawarkan jawatan tersebut

Syarat Jawatan Jururawat

Berikut adalah syarat yang perlu ada bagi pemohonan jawatan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Untuk U29 calon mestilah mempunyai Diploma dalam bidang kejururawatan yang dah diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan ataupun kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mestilah telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  • U32 dan U35 adalah kenaikan pangkat dari U29.
  • Untuk U41 calon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan yang telahpun diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan ataupun kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan ianya juga telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Kepujian sekurangnya dapat C dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM/SVM atau setaraf denganya dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Rujuk (gaji jawatan Jururawat) untuk menyemak gaji terkini bagi jawatan tersebut

Bidang Tugas Jururawat

Berikut adalah bidang tugas jururawat (job scope) yang perlu dilakukan jika anda menyandang jawatan ini

Tugas Umum

  • Memulihkan anggota dengan menggunakan kaedah
    • Pencahayaan
    • Elektrik
    • Senaman
    • Urutan
    • Sejuk air
    • Karan/Elektrik
  • Membuat Perancangan untuk program rawatan kepada pesakit supaya memberikan impak kesan yang diperlukan
  • Memberi bantuan kepada doktor dalam menentukan jenis pesakit contoh dengan mengujinya menggunakan kaedah elektrik
  • Menyimpan segala laporan tentang kemajuan pesakit especialy penyakit yang ambil masa lama seperti polio
  • Sebagai Pemaklum kepada pegawai perubatan tentang kesesuaian satu-satu skim rawatan terhadap seseorang pesakit
  • Mengajar (teach) pesakit berkaitan senaman yang perlu dibuat di rumah terutamanya kepada pesakit yang tinggal jauh dan sukar datang ke hospital
  • Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa

Tugas Jururawat Gred U29 (Kesihatan)

Tugas jururawat bagi gred u29 terbahagi kepada 4 kategori serta satu kategori tugas ketika di hospital adalah seperti berikut :

Kategori Merawat Kesihatan (Keluarga)

  • Memberi khidmat kesihatan ibu dan kanak-kanak.
  • Memberi khidmat lawatan ke rumah.
  • Memberi khidmat kesihatan di sekolah.
  • Memberi khidmat perancang keluarga.
  • Memberi khidmat Pendidikan kesihatan.

Kategori Latihan

  • Memberi bantuan dalam mengajar pelbagai kategori pelatih program separa perubatan semasa latihan mereka.

Kategori Menyelia

  • Bertindak sebagai penyelia ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi. Bertanggungjawab juga dalam menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

Kategori Pentadbiran

  1. Terlibat dalam mentadbir klinik
  2. Racang dan laksanakan lawatan ke rumah.
  3. Membuat simpanan segala rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
  4. Membantu dalam menilai kakitangan lebih bawah

Tambahan (Tugas Jururawat Ketika Di HOSPITAL)

  • Penjagaan Pesakit
    • Urus serta melayani makan minum pesakit
    • Urus serta jaga kebersihan pesakit
    • Jaga serta rawat ibu selepas bersalin
    • Jaga dan rawat bayi selepas kelahiran
  • Memberi bantuan kepada Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan
  • Seliaan Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan
  • Khidmat pertolongan kepada Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih
  • Rawatan-rawatan lain mengikut arahan

Tugas Jururawat Gred U41

  • Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
    • Memantau Kejururawatan
    • Mengawal dan menyelia setiap perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit mengikut jadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan serta keselamatan pelanggan.
  • Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
    • Rancang khidmat kejururawatan serta perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
    • Selia pembentukan serta pembangunan bagi kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
  • Mengawal Mutu
    • Rancang lawatan seliaan bagi memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
    • Sentiasa pastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
  • Latihan Kejururawatan
    • Rancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej serta diperingkat negeri.

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Comment