Senarai Tugas Juru X-Ray U29, U32, U36, U41 Malaysia (Informative)

Ini adalah senarai bidang tugas juru x-ray dalam jawatan sektor kerajaan malaysia yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan untuk anda sebagai salah seorangan darinya atau majikan.

Tugas Juru X-Ray Malaysia

tugas juru x-ray

Jawatan juru x-ray dengan gred U29, U32, U36, U41 merupakan antara jawatan peringkat ijazah yang terdapat dalam sektor kerajaan malaysia. Dimana terdapat beberapa syarat untuk melayakan diri untuk ditawarkan jawatan tersebut

Syarat Jawatan Juru X-Ray U29, U32, U36, U41

Berikut adalah syarat yang perlu ada bagi pemohonan jawatan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi yang telah diiktiraf Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf (U29)
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi yang telah diiktiraf Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf (U41)
  • Kepujian sekurangnya dapat C dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM/SVM atau setaraf denganya dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Untuk rujuk (gaji jawatan juru x-ray) untuk menyemak gaji terkini bagi jawatan tersebut

Bidang Tugas Juru X-Ray

Berikut adalah bidang tugas juru x-ray (job scope) yang perlu dilakukan jika anda menyandang jawatan ini

  • Untuk Gred U29
    • Bertanggungjawab dalam urusan klinikal
    • Aspek mengurus organisasi
    • Melindung dari sinaran terhadap pesakit, orang awam dan juga staf
    • Sentiasa pastikan kualti dan garis panduan MS ISO 9002 selaras
    • Memberi pendidikan & latihan
    • Teknologi (TERKINI) :
      • Pengimejan diagnostik dengan menggunakan
        • Sinaran mengion/tidak mengion
        • Medan magnet
        • Ultrabunyi
        • Denyutan elektronik (digital).
      • Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.
  • Untuk Gred U41
    • Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
      • Semak serta telitikan permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
      • Sentiasa beri penerangan yang jelas kepada pesakit berkaitan pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang telah ditetapkan.
    • Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu
      • Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
      • Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.
    • Fungsi Pengurusan
      • Pantau serta Pastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
    • Latihan dan Penyelidikan
      • Sentiasa beri bimbingan serta tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.
      • Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti menggunakan bahan literature review serta menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
    • Tugas-Tugas Sokongan
      • Laksanakan tugas-tugas yang telah diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Comment