Senarai Kursus IKBN Miri 2020 Institut Kemahiran Belia Negara (Informative)

Ini adalah perkongsian senarai kursus ikbn miri institut kemahiran belia negara terkini yang boleh anda jadikan rujukan

senarai kursus ikbn miri

Bagi calon lepasan SPM, STPM dan Diploma yang berminat untuk mengikuti pengajian dalam bidang kemahiran, anda boleh membuat permohonan kemasukan ikbn yang terkini. Dibawah adalah senarai kursus ikbn miri terkini

IKBN merupakan salah sebuah institusi di bawah naugan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Di sini menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Institut Kemahiran Belia Negara Miri (IKBN) merupakan salah sebuah IKBN yang di bini dalam Rancangan Malaysia ke 7 (RMK-7). IKBN Miri siap dibina pada Ogos 2002 mempunyai keluasan tanah sebanyak 59 ekar. Penjawatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah waran peruntukan penjawatan adalah seramai 106 orang pegawai.

Selaras dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah cabang Bidang Pendidikan bagi Pembangunan Modal Insan, penubuhan IKBN Miri ini amatlah bertepatan demi memenuhi obkjektif NKRA tersebut dan melahirkan graduan-graduan yang berketrampilan dalam bidang kemahiran masing-masing.

Syarat Kemasukan IKBN

Antara kelayakan dan syarat kemasukan ialah:-

  • Tamat Tingkatan 5
  • Berumur antara 18-30 Tahun
  • Warganegara Malaysia

Permohonan IKBN

Terdapat dua sesi permohonan ikbn bagi setiap tahun:-

  • Sesi Januari
  • Sesi Julai

Permohonan boleh dibuat melalui lama berikan

  1. upu.mohe.gov.my
  2. www.kbs.gov.my

Senarai Kursus IKBN Miri

  • Penyelenggaraan Kereta
  • Penyelenggaraan Jentera Berat
  • Penyelenggaraan kenderaan Perdagangan
  • Semburan Cat (Automotif)
  • Penyelenggaraan Industri
  • Pemesinan
  • Mekanikal
  • Penyediaan Makanan
  • Penyajian
  • Penyediaan Pastri

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan senarai kursus ikbn miri atau lain-lain yang related, anda boleh menghubungi nombor telefon yang di berikan di bawah atau ke alamat yang disediakan di bawah ini.

Institut Kemahiran Belia Negara Miri

Institut Kemahiran Belia Negara Miri Bandar Baru Permyjaya, Jalan Permyjaya

Utama, 98000 Miri, Sarawak.

Tel : 085-660714

Faks : 085-659546

Email: ikbn_miri@kbs.gov.my

Laman Web: www.ikbnmr.gov.my

Categories ikbn