Semakan Keputusan SPM 2019 Online Dan SMS

Ini adalah cara untuk anda membuat semakan keputusan spm 2019 secara online dan sms terkini yang boleh anda jadikan panduan dan rujukan

Bagi calon SPM 2019 yang lalu, semakan boleh dibuat melalui dua cara iaitu melalui online dan SMS. keputusan akan diiumukan melalui web khas semakan keputusan spm bukannya melalui sistem Saps Ibu Bapa yang sering dilakukan oleh peperiksaan peringkat sekolah.

Semakan Keputusan SPM 2019 (Online)

Semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini boleh dibuat melalui sistem aplikasi keputusan peperiksaan spm Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sppat.moe.gov.my

semakan keputusan spm 2019

Anda hanya perlu masuk ke laman tersebut dan masukan No K/P serta Angka Giliran Spm anda, Result akan dikeluarkan sebaik saja pengumuman dilakukan oleh KPM.

Semakan Keputusan SPM 2019 (SMS)

Seperti tahun-tahun sebelumnya semakan keputusan SPM 2019 boleh juga disemak melalui sistem pesanan ringkas SMS di mana sistem ini akan mula aktif sekitar jam 10.00 pagi pada tarikh keputusan peperiksaan dikerluarkan.

Berikut adalah cara semak keputusan spm 2019 secara SMS

Taip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran SMS ke 15888

Contoh seperti berikut : SPM 000527031234 WZ189A123

*Caj dikenakan untuk penghantaran perkhidmatan adalah sebanyak RM0.15 manakala Caj penerimaan RM0.20

Semak Result SPMU

Bagi anda yang mendapat keputusan SPM yang kurang memuaskan, jangan berputus asa. Anda boleh membuat peperiksaan tersebut sekali lagi dimana anda boleh sema cara daftar calon spmu (Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan)

Segala urusan berkaitan pengesahan pendaftaran serta bayaran perlu dibuat secara individu di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat anda nak ambil exam tersebut

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of