Resepi Pulut Durian Yang Lazat Dan Terangkat

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat pulut durian dengan santan, boleh cuba terutamanya di musim-musim durian

Pulut Durian

Foto : Diari Resepi II

Pulut durian antara makanan fevret orang Malaysia terutamanya ketika datangnya musim durian antara bulan jun-julai. selalunya waktu pagi kita dihidangkan dengan pulut udang, pulut kukus takpun waktu raya makan kuih durian, jadi apa kata kita try makan pulut durian pula.

Tanpa bersembang panjang jom tengok cara membuat pulut durian yang sedap & simple ini

Bahan-bahannya :

Bahan-bahan untuk masak pulut

  • 200 gram beras pulut susu, rendam 10 min
  • 200 ml santan pekat
  • 100 air 
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Beberapa helai daun pandan, 
  • Beberapa ulas durian

Bahan untuk kuah santan

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil tepung jagung.. bancuh dengan sedikit air
  • 1 helai daun pandan.. carik dan simpul
  • Garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Memasak Pulut

  • Panaskan pengukus.
  • Campurkan santan,gula dan garam
  • Bilas pulut yang telah direndam dan tapis airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan tuangkan santan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  • Apabila pulut sudah kering, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  • Hidang bersama kuah santan dan buah durian

Cara Memasak Kuah Santan

  • Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  • Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
  • Teruskan kacau supaya santan tidak berketul.
  • Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung.
  • Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  • Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut.
  • Angkat dan sejukkan.

Tambahan : Kalau kami suka tambah gula time nak makan tu lagi menyelerakan..

Resepi Pulut Durian Yang Lazat Dan Terangkat

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat pulut durian dengan santan, boleh cuba terutamanya di musim-musim durian Pulut Durian Foto : Diari Resepi II Pulut

Editor's Rating:
0
Share² lah yerr..