Resepi Nasi Ayam Penyet Mudah & Sedap Untuk Dihidangkan

Resepi nasi ayam penyet antara fevret orang Malaysia makan, dibawah kami kongsikan cara buat nasi ayam penyet step by step.

Resipi Ayam Penyet Padu Beb!

Nasi ayam penyet sudah tentulah antara gandingan bersama nasi serta ayamnya, yang menjadikan ianya "ayam penyet" adalah cara penyediaanya bukan seperti nasi ayam biasa, menurut sumbur dari wikipedia, ayam penyet berasal dari Jawa, Indonesia, hidangan ayam gorennya yang dihancurkan menggunakan alu supaya ianya menjadi penyet dan lembut, boleh dihidangkan bersama sambal, timun, tempe, salad, dan yang pastinya adalah nasi. 

Ayam Penyet boleh didapati di rantau asean seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Dan Singapura. Catherine Ling dari CNN travel juga ada menerangkan dimana ayam penyet sebagai salah satu daripada "40 makanan Singapura yang kita tidak boleh hidup tanpanya".

Ini adalah hidangan resepi ayam penyet yang dikongsikan oleh Puan Muslinda Kamal di lama facebooknya, dimana beliau kongsikan step-by-step cara membuat nasi ayam penyet bersama-sama pucuk ubi, tempe, tauhu goreng dan sambal :)

Bahan-bahannya :

- Ayam

- Kiub pati ayam

- Halia

- Bawang putih

- Jintan manis

- Jintan putih

- Biji ketumbar

- Serbuk lada sulah

- Kunyit

- Garam

- Tepung beras

- Telur

Cara-Caranya :

Cara-Caranya :

Rebus ayam dengan kiub pati ayam, halia, bawang putih. 

Jangka masa dalam 15 minit angkat ayam tersebut, ayam tu juga boleh dibuat sup nanti.

-->Resepi Ayam Penyet Sheila Rusly<--

Sangai jintan manis, jintan putih, dan biji ketumbar. 

Tumbuk atau blender bersama halia dan bawang putih.

Perap dengan ayam tadi dalam masa 2 jam. Letak sekali serbuk lada sulah, kunyit dan garam

Lebihan perap tersebut campur bersama tepung beras dan telur untuk dibuat kriuk kriuk. Cara nak wat kriuk-kriuk tu beliau menggunakan garfu dan goreng

Rujukan  :

- Muslinda Kamal