Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap Untuk Disantap

Resepi nasi ayam madu in the house, caranya tersangatlah mudah, sebenarnya boleh buat dengan pelbagai cara seperti goreng, panggang, dan bakar.

Resipi Nasi Ayam Madu Kampung Style

Resipi Nasi Ayam Madu Kampung Style

Resepi nasi ayam madu, antara golongan nasi ayam yang paling top dan menjadi pilihan ramai, kalau di luar negara ianya digelar sebagai “honey roasted chicken” ataupun ayam panggang madu.

Kepekatan kemanisannya antara sebab utama ayam ini menjadi kegemaran. 

Jom tengok cara nak masak nasi ayam madu ni, kalini resepinya dikongsi oleh Puan Noor Hafiza Zinon di laman facebooknya, resepinya amatlah simple dan sedap, apa yang dikongsi oleh beliau adalah versi goreng, tapi ramuannya tetap sama, anda boleh cuba bakar @ panggang

Bahan-Bahannya :

– Ayam

– Bawang Putih

– Bawang Merah

– Kayu Manis

– Halia

– Kicap Pekat

– Sos Tiram

– Bahan Perasa

– Madu

– Beras

– Butter/Majerin

– Kunyit

– Cili Besar

– Cuka

– Garam

– Gula

* Kalau ada terkurang boleh komen di ruangan komen dibawah..

Cara-Caranya :

Cara-Caranya :

Basuh ayam dan toskan

(saya suka isi ayam bahagian paha jer)

Tumbuk bawang putih dan halia 

Gaul bawang putih dan halia tadi ke dalam ayam yang dah dibasuh.

Masuk air ke dalam ayam tadi dan rebuskan di dalam periuk.

Rebus sehingga mendidih dan tutup api

Asingkan ayam yangg direbus tadi dengan air rebusan

Air rebusan digunakan untuk buat sup, untuk masak nasi, dan buat sos kicap.

Perlu asingkan air rebusan.

Bila dah agak sejuk, masukkan bahan perapan ayam. 

*kicap pekat

*sos tiram

*bahan perasa

*madu

Perap seketika dan sedia digoreng,

Resepi Nasinya Pula

Resepi Nasinya Pula

*basuh beras dan toskan sahaja

Bahan untuk tumis nasi, 

*bwg putih

*bwg merah

*halia

*kayu manis.

Panaskan butter/majerin

Masukkan bahan tumisan, masak hingga berbau dan kekuning

Masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan beras.

Masukan bahan perasa dan sedikit serbuk kunyit. 

Masak sehingga mendidih.

Masukkan air rebusan tadi ke dlm beras. Dan letak di dlm rice cooker. tunggu hingga masak

Nasi setelah siap dimasak.

Bahan untuk buat sos :

– Cili Besar

– Bawang Putih

Blend bawang putih dan cili besar.

Masukkan sedikit air rebusan ayam. 

Masukkan sedikit cuka, garam dan gula serta serbuk perasa. 

Masak atas api sehingga mendidih.

Bahan Buat Kicap

– Sos tiram

– Kicap pekat

*Bancuhan tepung jagung da masak diatas api yg kecil shingga mendidih.

Dan akhir sekali semuanya siap dihidankan untuk dimakan.. 🙂

Rujukan :

– Noor Hafiza Zinon