Resepi Nasi Ayam Hainan Chinese Style (Ala Cina)

Nasi ayam hainan chinese style (ala cina) adalah antara nasi ayam pilihan ramai, jom kita cuba buat dengan cara yang mudah dan simple melalui resepi ini.

Resipi Nasi Ayam Hainan By Yuss Aisya

Resipi Nasi Ayam Hainan By Yuss Aisya

Sebut mengenai nasi ayam hainan ini, umum kita tahu ianya selalu dekaitkan dengan makanan orang cina terutama di Malaysia & Singapura dan juga didapati di negara jiran Thailand, serta tempat asalnya iaitu di wilayah Hainan, China. 

Menurut sumber asal-usul namanya diberi sebagai nama “Hainan” disebabkan populisi orang cina seberang laut yang bersuku hainan dalam kawasan Nanyang  yang menjadikan makanan ini sebagai makanan tradisi mereka.

Oleh itu, Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga berasala dari sana.

Berbalik kepada perkongsian kalini ini iaitu “Cara Membuat Nasi Ayam Hainan”ini. Resepi terbaik ini dibuat oleh Yuss Aisya, di laman facebooknya dimana Hampir 650 perkongsian dicapai terhadap resipi yang dikongsinya itu.

Berikut kami kongsikan semula dibawah :

Resepi Nasi Ayam Hainan (di olah semula oleh Yuss Aisya)

Resepi Nasi Ayam Hainan (di olah semula oleh Yuss Aisya)

Bahan-Bahan nya :

– 1/2 ekor ayam (x perlu dipotong kecil)

– Daun pandan simpul

– Daun sup / celery

– Daun bawang

– Seinci halia – ketuk

– 2 ulas bawang putih

– 1 bunga lawang

– 3 ulas cengkih

– 1 batang (kecil) kulit kayu manis

– 1 biji pelaga

– 1 Kiub ayam @ garam 

– 1 sdt gula

– 1 sdb jus limau nipis

Cara-Cara Nya :

Masuk semua bahan diatas dlm periuk yg muat ayam. Masuk air agak2 ayam boleh tenggelam. Didihkan. Setelah mendidih, perlahan2 masukkan ayam. Segera kecilkan api paling perlahan dan biarkan 15 -20 minit bergantung saiz ayam.

Sediakan bekas lain. Isikan air tapis, dan ketulan ais. (Utk matikan cooking process dan utk dpt isi ayam yg firm)

Selepas 15 minit, angkat ayam dan cucuk bahagian yg tiada kulit. Jika tiada warna darah keluar maknanya dah masak. Masukkan dlm air berais 1 minit dan tos / gantung.

Untuk Nasi :

– 2 cawan beras dibasuh hingga airnya jernih. Sy bilas 7 kali. Toskan dlm tapis. 

– 1 sdb lemak ayam + kulit ayam

– 1 ulas bwg putih ketuk

– 1/2 inci halia hiris nipis2

– 1 Daun pandan – simpul

– 3 sdb minyak utk menumis

Cara-Cara Nya :

Tumis semua diatas hingga wangi dan garing. Masukkan beras dan goreng hingga berkilat – Masa ni rumah korang akan berbau wangi masya Allah! 

Bila beras dah garing berkilat, masukkan air rebusan ayam tadi. Kurang sedikittt dari sukatan biasa korang masak nasik. Jgn ikut sukatan biasa dah ye. Kita nak nasik yg muai. 

Masak nasi seperti biasa. 

Bila air hampir kering. Ambil 2 chopstick gemburkan nasi perlahan-lahan

Untik Bikin Cili :

– 2 cili merah besar

– 2 cili padi merah

– 1/2 biji jus limau nipis

Cara – C ara nya :

Kisar dgn sedikit sup ayam tadi.

(Jgn guna air x sedap)

Masak atas api sebentar dan perasakan dgn garam gula.

Untuk Buat Kicap (siram atas ayam) :

– 1 senduk kicap masin cair + 1 senduk sup + 1 sdt minyak bijan

Untuk Buat Ginger garlic oil :

– 2 inci halia muda parut

– 2 ulas bawang putih parut

– 1 sdt daun bawang yg dihiris

– 1 senduk minyak masak

Cara : Panaskan minyak masak. Panas betul2. Kemudian MATIKAN API. Masukkan bahan bertanda serentak *. 

Kacau. Biar bunyi berdesir hilang dan siap untuk dimakan.

——–

* Resepi ini hanyalah perkongsian semula dari tuan empunya resepi iaitu Puan Yuss Aisya, jika anda sebarang tambahan atau pandangan boleh komen dibawah.