Resepi Kek Oren Sunkist Sukatan Cawan Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kek oren bakar versi sunkist, nak cuba boleh ikut step yang diberikan dibawah

Cara Buat Kek Oren Sunkist Sedap Dan Mudah

Cara Buat Kek Oren Sunkist Sedap Dan Mudah

Kek oren sunkist, sebelum ini kami ada kongsikan bersama ada cara buat kek oren sunquick, kali ini kita cuba versi sunkist yang dikongsikan oleh puan marizah miza ini, tengok pun tahu memang sedap, jom cuba

Bahan-Bahannya :

• 1 bijik oren sunkist..belah dan buang putih kat tgh tu…kemudian potong skali dgn kulit nya..potong kecik..

• 3 biji telur A

• 1cwn gula

• 1cwn myk masak

• Blender semua hingga halus

• 2cwn tepung naik sendiri

• Tambah 1sdt soda bikarbinat.

Jika pilih tepung gandum tambah bahan dibawah ini

• 1 sdt baking powder.

• 1 sdt soda bikarbonat.
*** ayak

Cara-Caranya :

• Tuang bahan blend kedlm mangkuk yg tepung ,guna hand whisk

• Kacau sebati, Letak sedikit pewarna kuning dan sedikit esen oren..

• Tuang kedlm loyang 8″, (alas kan baking paper dan griss tepi)

• Bakar suhu 170, atau ikut oven masing-masing, api atas bawah selama 40 min atau hingga masak, guna rak paling bawah.

• Dah masak, keluarkan daripada loyang.

• Jika buat cupcake, cukup bakar selama 15min.

• Tak pahit ke guna kulit oren

• Ehh tak laa..tak pahit, guna oren sunkist jgn lupa, kalau pahit tentu saya tak share

Rujukan Resipi :

– Marizah Miza