Resepi Kek Batik Sukatan Cawan Yang Simple Sedap & Mudah Dibuat

Resepi kek batik yang nikmat bila makan, ada yang ikut sukatan cawan untuk buat, jom tengok versi kek batik seperti milo, nestum, oreo, cheese leleh dan banyak lagi serta cara buat .

Kek Batik Resepi Sedap.

resepi kek batik

Sebut pasal resepi kek batik sudah tentu ada yang bayang kek  “crunchy” seperti kitkat bukan? sebelum kita tengok cara-cara buat apa kata kita kenal dulu tentang kek batik ini.

Kek Batik ialah pencuci mulut yang popular di Malaysia, agak beza seperti kek-kek lain ia antara kek yang tidak bakar. Kek yang sangat mudah buat dengan hanya bahan seperti biskut marie, susu, milo untuk jadi. Kek ni sesuai hidang ketika majlis-majlis raya seperti hari raya aidilfitri dan juga sambut krismas.

Asal-Usul Kek Ini

Asal-asul agak samar sebenar dari mana ia datang dan siapa pengasas kek ini, namun, kalau tengok resepi kek batik ini seperti kek “hedgehog slice” dan “biskut kek coklat prince william” tapi bahan dia agak lain sikit. Di brunei resepi kek batik ada dengan topping warna hijau beza sedikit dengan kita.

Resepi Kek Batik Biskut Marie + Oreo

resepi kek batik, kek batik resepi
Foto By : Nek Ummi‎

Bahan :

  • Kek Batik Oreo (saya guna loyang 6″).
  • 250 gm butter.
  • 1/2 cwn susu pekat.
  • 2 cwn milo.
  • 3 sdb serbuk koko.
  • 30 keping biskut marie – bagi patah.
  • 1pkt oreo – bagi patah.

Cara Buat :

  • Bagi cair butter, masuk susu pekat dan kacau sebati.
  • Masuk milo dan serbuk koko, Kacau rata.
  • Masuk pula biskut marie dan kacau bagi rata.
  • Tuang separuh dalam loyang lapik kertas, tekan padat, bagi patah biskut oreo dan tabur.
  • Tuang baki biskut marie tadi, bagi padat, pastu patah lagi biskut oreo dan tabur.
  • Tekan sedikit supaya biskut oreo jadi lekat.
  • Bagi sejuk.
  • Siap!

Resepi Ini Hasil kongsi oleh Nek Ummi‎ 

Resepi Kek Batik Biskut Marie + Badam

Resepi kek batik biskut marie
‎Foto By : Mariana Zainal‎

Bahan :

  • 1 paket biskut Marie (1 keping bagi pata jadi dua, bagi patah jadi empat.bahagian pun boleh).
  • 2 cawan milo*.
  • 2 sdb serbuk koko.
  • 1 cawan butter* ( guna marjerin pun boleh).
  • 3/4 cawan susu pekat manis *(suka manis boleh tambah).
  • 1/ 2 cawan air panas*.
  • 2 biji telur.
  • Badam keping ( disangan ).

Cara Buat :

  • Sapu marjerin pada loyang dan lapik dgn plastik, sattle letak tepi dulu.
  • Pesatu semua bahan yang bertanda *.
  • Masuk dlm kuali atau periuk.
  • Masak guna api sederhana slow.
  • Sentiasa kacau bila dah sebati dan didih masuk telur dan kacau lagi hingga sebati.
  • Bila dah didih, masuk biskut marie yg patah tadi.
  • Kacau dlm 2- 3 minit hingga sebati.. (sy suka kek batik yg lebih lembab.. jadi sy biar kuah coklat tu kering sikit pada biskut).
  • Dah siap tutup api dan terus masuk dlm loyang.
  • Tekan2 guna senduk bagi padat dan rata.
  • Tabur badam dan biarkan sedikit suam.
  • Masuk dlm peti sejuk, selepas 1 jam, boleh potong.

Resepi Ini hasil kongsi oleh  ‎Mariana Zainal‎

Resepi Kek Batik Lembut Guna Biskut Jejari

Resepi kek batik biskut jejari
Foto By : Zaimah Zakaria

Bahan :

  • 1/2 tin susu pekat manis.
  • 2 cawan milo.
  • 1 ketul butter (250 gm).
  • 2 bungkus biskut jejari.

Cara Buat :

  • Cair butter, masuk susu pekat.
  • Masuk milo kacau sebati sampai semua cair dan pekat.
  • Lapik plastik pada loyang.
  • Susun biskut lapis demi lapis ambik 1 senduk coklat setiap lapis.
  • Atas tu sy tabur almond nip.
  • Bagi sejuk 4 atau 5 jam baru potong.

Resepi Ini Hasil kongsi oleh Zaimah Zakaria

Resepi Kek Batik Cheese

Foto By : Noorfazidatulhani Binti A Ghani

Bahan :

  • 250gm butter.
  • 1/2 cawan susu pekat.
  • 21/2 Milo.
  • 3 sudu besar serbuk koko.
  • 1pkt biskut meri  (Masak macam biasa).

*Untuk Cream Cheese

  • 500gm cream cheese.
  • 1 cawan gula aisin.
  • 1 bj telur.
  • 2 sudu besar tepung gandum (mix sebati).

Cara Buat :

  • Buat macam biasa seperti resepi no 1 tadi.
  • Lepas masuk kek batik, tuang cream cheese.
  • Bakar 150″ 20minit la lebih kurang.
  • Saya pakai Loyang 10″ x10″ untuk nampak nipis dan besar.

Resepi Ini hasil kongsi oleh Noorfazidatulhani Binti A Ghani

Resepi Kek Batik Hijau

Foto By : Mimie Suhaimi Hussain

Bahan :

  • 4 biji telor.
  • 125g unsalted butter.
  • 3/4 cawan susu pekat (kalo suka manis letak lebih).
  • 2 cawan horlick.
  • 1/2 cawan tepong gandum.
  • Vanila.
  • Perwarna hijau.
  • 1 paket roti marie.

Cara Buat :

  • Cara buat sama macam kek batik biasa (rujuk Kek Batik 1).

Resepi Ini hasil kongsi oleh Mimie Suhaimi Hussain

Resepi Kek Batik Tanpa Telur

Foto By : Natrah Syafiqah

Bahan :

  • 250gram buttercup.
  • 2 paket biskut marie.
  • 3 cawan milo.
  • 1 cawan serbuk koko.
  • 1 tin susu pekat.
  • 1 cawan air.

Cara Buat :

  • Bagi panas kuali ,buka api sederhana. Bagi cair butter dlm kuali. lepas itu masuk susu pekat.
  • Next, masuk milo,serbuk koko dan air, kacau sebati.
  • Masuk biskut marie dan kacau sebati agak dlm 5-7mnit, sy suka masak lama supaya biskut tu lebih lembut mcm kek dan tak keras.
  • Hampar plastik dlm loyang utk bagi mudah kek batik keluar dari loyang nanti.
  • Masuk kek batik yg siap masak tadi ke dlm loyang n tekan bagi padat.
  • Masuk ke dlm peti ais dlm 1 jam.
  • Ambik keluar kek batik dari loyang dan hias.

Resepi Ini Hasil kongsi oleh Natrah Syafiqah

Topping Choc Ganache

Foto By : Suliza Sadzali‎

Bahan (A) :

  • 2pek biskut Marie (300g).
  • 250g Buttercup.
  • 1tin susu pekat.
  • 1cawan air masak.
  • 6sudu besar serbuk koko.
  • 14 sudu besar milo.
  • Telur 2biji.

Bahan (B) (Topping/choc ganache)

  • 1 cawan Whipping cream Anchor UHT.
  • 100 gram Choc compound.
  • 100 gram Dark Choc.
  • 1sudu besar butter.

Cara Buat:

  • Bagi cair dahulu buttercup. Sy guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masuk Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau2 smpi sebati. Terutama telur.
  • Dah sebati pasang api blk. Kemudian masuk susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat. Dan keluar buih2 maknan adunan dah masak. Tutup api. Masuk biskut marie. Dan kaup balik. Sampi sekata.
  • Tuang biskut marie dlm loyang 10inci. Lapik loyang dgn plastik atau guna loyang yg ada buka bawah. Sy lapik pakai plastik bekas biskut marie tu. buat bagi lebih kiri kanan. Supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan2 adunan biskut marie sampi rata. dan bagi sejuk.
  • Sementara adunan tu sejuk buat choc ganache. Guna kaedah double boiler. Panas air dahulu. then tuang 1 cawan whipping cream dlm bekas lain. Letak atas air yg panas tadi (kaedah double boiled). Kacau2 smpi rasa suam masuk choc. Kacau smpi cair dan sekata semua choc. Kemudian masuk butter. Kacau lg. Siap. Tutup api. Angkat. bagi sejuk 30min.
  • Kemudian tuang atas kek batik tadi. Dan simpan peti atleasr 6jam utk dapat hasil choc yg cantik di atas dan mudah di potong. 

Resepi Ini hasil kongsi oleh Suliza Sadzali‎

Resepi Kek Batik Nestum

Eldorado

Bahan :

  • 2 cawan milo.
  • 2 camca besar Koko serbuk ( x letak pun xpe).
  • 1 tin susu pekat.
  • 1 buku buttercup(marjerin.
  • 1 paket biskut Marie.
  • Gula bagi cukup.
  • Serbuk nestum bagi cukup.

Cara Buat :

  • Mula-mula bagi mentega di dalam kuali yang panas atas api yang rendah. Bila marjerin jadi cair, masuk susu pekat dan gaul lagi hingga sebati, boleh masuk gula ikut rasa manis masing.
  • Masuk Milo dan serbuk Koko ke dalam kuali. Masuk sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati, tutup api, Jangan biar terlalu lama ia sejuk terus masuk biskut marie yang telah pecah, dan kacau hingga ter adun .
  • Masuk adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik biar mudah nak bagi keluar nanti. Bagi mampat kek batik tadi dengan guna sudu.
  • Tabur nestum ikut citarasa diatas kek.
  • Simpan ke dalam peti sejuk kira-kira 3 jam.
  • Jika nak makan resepi kek batik pertama, keluar kira-kira 30 minit kerana ia akan telah jadi keras di dalam peti sejuk .

Semoga hasil kongsi “Resepi Kek Batik” ini dapat beri sedikit bahan untuk anda rujuk seta manfaat yang baik untuk anda, selamat mencuba.