12 Rekabentuk Produk Yang Pelik Dan Diluar Jangkaan

Apa yang bakal anda lihat ini bukanlah seperti apa yang anda fikirkan

1. Bar Coklat Ini Sebenarnya Pemetik Api

Bar Coklat Ini Sebenarnya Pemetik Api

Rekabentuk pemetik api ini sangat unik, nampak seperti bar coklat. Macam alatan didalam filem ‘James Bond’ pula.

2. Spanar Hidup Ini Sebenarnya Gula-Gula

Spanar Hidup Ini Sebenarnya Gula-Gula

Makan gula-gula ini dikhalayak ramai boleh nampak anda lebih kuat dan perkasa. Boleh berangan jadi Bandang!

3. Pengisar Duit Ini Sebenarnya Tabung

Pengisar Duit Ini Sebenarnya Tabung

Cara seronok untuk latih anak-anak menabung.

4. Nugget Ini Sebenarnya Sabun

Nugget Ini Sebenarnya Sabun

Nampak sedap, tapi sayang! Tidak boleh dimakan.

5. Coklat Ini Juga Sebenarnya Sabun!

Coklat Ini Juga Sebenarnya Sabun!

Sila jauhkan sabun ini dari kanak-kanak atau penggemar coklat, anda mungkin penyebab mereka sakit teruk!

6. Dan Shushi Ini Juga Sebenarnya Sabun!

Dan Shushi Ini Juga Sebenarnya Sabun!

Jangan cuba hidangkan shushi ini diatas meja makan! Bilik air adalah tempat yang paling tepat.

Serius, kami nampak betul-betul sedap! Terliur pula rasa nak makan shuhsi.

7. Pen Berbentuk Seperti Garpu

Pen Berbentuk Seperti Garpu

Pen berbentuk seperti garpu, boleh buat makan Meggi!

8. Sudu Ini Juga Sebenarnya Pen

Sudu Ini Juga Sebenarnya Pen

Pen berbentuk sudu ini pula boleh buat hirup kuah Meggi! Hehehe.

9. Dan Mata Drill Ini Juga Adalah Pen!

Dan Mata Drill Ini Juga Adalah Pen!

Dan pen berbentuk seperti mata drill ini pula tidak boleh digunakan untuk makan atau hirup kuah Meggi!

10. Botol Losyen Ini Boleh Digunakan Untuk Menyimpan Barang Berharga

Botol Losyen Ini Boleh Digunakan Untuk Menyimpan Barang Berharga

Cara selamat untuk simpan barang-barang berharga ketika berkelah. Mudah dibawa dan kalis air. Tak ada pencuri yang berminat dengan botol losyen!

11. Bekas Lilin Ini Nampak Seperti Mentol

Bekas Lilin Ini Nampak Seperti Mentol

Unik dan nampak ‘Hipster’.  Perhiasan menarik untuk diletakkan didalam bilik tidur.

Baca juga: 15 Rekabentuk Cawan Yang Sangat Unik

12. Kotak Hadiah ‘Prank’

Kotak Hadiah 'Prank'

prankpack.com

Biasa kalau nak bagi hadiah mesti anda balut atau sampul untuk buat kejutan. Idea bungkusan hadiah seperti kotak ‘Prank’ ini mungkin lebih mengejutkan. Terkejut didalam terkejut!

Baca juga: 15 Cara ‘Prank’ Bijak Dan Selamat Untuk Kanak-Kanak

Share² lah yerr..
Categories list

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of