7 Pulau Menarik Di Terengganu

Nak bercuti di pulau? tak perlu pergi jauh-jauh, dekat Terengganu pun ada!

1. Pulau Redang

Pulau Redang

Terletak di perairan laut china selatan, pulau ini adalah salah satu daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut. Pulau ini juga merupakan pulau terbesar yang ada di Semenanjung Malaysia.

2. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ini terbahagi kepada 2. Pertama, Pulau Perhentian Kecil dan yang kedua ialah Pulau Perhentian Besar. Ia terletak kira-kira 21 km dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. 

Disini anda boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti lasak seperti Scuba, Snorkelingdan Junggle Tracking.

Pulau ini adalah pilihan yang sesuai untuk berehat bersama keluarga. 

3. Pulau Kapas

Pulau Kapas

Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia. Terkenal dengan keindahan batu karang yang cantik, pulau ini terletak kira-kira 6 kilometer dari jeti Marang, Terengganu. 

Selain itu, pulau ini juga sangat terkenal dengan aktiviti sandat sotong dikalangan masyarakat tempatan.

4. Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah

Pulau ini merupakan diantara pulau pulau yang terbaik ada di Malaysia. Ia terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Baca juga: Tempat Ini Menyediakan Percutian Di Atas Pelantar Minyak

5. Pulau Gemia

Pulau Gemia

Pulau Gemia juga dikenali sebagai Coral Island, terletak berhampiran dengan Pulau Kapas, Terengganu. Disini juga adalah tempat terbaik untuk anda melakukan aktivti snorkeling  ataupun menyelam.

6. PULAU TENGGOL

PULAU TENGGOL

Disini terdapat lebih dari 20 lokasi menyelam. Anda juga boleh menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut seperti Karang Lembut (soft coral), Nudibranch, Seaweed, Batfish, Penyu Laut, Napoleon Wrash, Clownfish (Nemo Fish) dan Yu Paus.

7. Pulau Rhu Perhentian

Pulau Rhu Perhentian

Pulau Rhu juga sama seperti pulau-pulau yang lain. Mempunyai keindahan alam semula jadi dan mengagumkan.

Disini anda boleh juga melakukan aktivti menyelam untuk melihat pelbagai spesis hidupan laut seperti terumbu karang, rumpai air, dan pelbagai jenis ikan.

Sumber: Beutiful Terengganu.

Share² lah yerr..

Leave a Comment