20 Potret Kucing Yang “Bad-Ass” Oleh Robert Bahou

Gambar potret kucing yang kelihatan sangat jujur mengzahirkan perasaan mereka.

Seorang jurugambar, Robert Bahou membesar dikelilingi oleh banyak haiwan dan sentiasa mempunyai daya tarikan yang mendalam dengan apa yang berlaku di dalam fikiran mereka.

“Saya percaya bahawa menangkap potret mereka adalah sangat mudah,” kata Robert Bahou.

“Saya tidak fikir bahawa haiwan faham apa itu kamera, jadi apabila mereka melihat ke dalam lensa, mereka tidak sedar penampilan mereka. Hasilnya, mereka tidak gusar dengan postur atau bahasa badan. Mereka hanya menjadi diri mereka,” katanya.

Projek ini fokus kepada kucing dan anjing dan dia bercadang untuk menggunakan panda, cheetah dan burung hantu sebagai subjek potret.

Ini Smoke, kucing baka Turkish Angora, seekor kucing yang mesra.

Nanushka adalah dari baka Blue Rusia. Kucing yang tenang dan serius.

Rob berkata: ‘Ini adalah Alto, baka Abyssinian. Dia kucing yang bijak, walaupun usia muda. Dia memerhatikan kucing lain yang sedang bergambar.

‘Apabila namanya dipanggil, dia memanjat bangku dan memandang saya, seolah-olah dia tahu apa yang dia lakukan.’

Davino, dari baka kucing Birman.

Rob kata, “Ini adalah Gin, kucing baka Parsi. Saya mengambil 250 gambar dan semua hasil seperti ini. Dia sentiasa kelihatan marah.”

Ini adalah Diesel, Kucing Hutan Norway. Digelar ‘The ultimate badass’  di kalangan kucing. Diesel kelihatan seperti ini sepanjang masa’

Rob sedang cuba mengumpulkan ¬£ 22,500 untuk menjadikan koleksi gambar potret kucing ini sebagai sebuah buku melalui kempen di Kickstarter.

Baca juga : 15 Logik Kucing Yang Buat Anda Berhati-hati Membeli Hadiah Untuk Mereka

Share² lah yerr..
Categories list

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of