8+ Perkara Yang Membatalkan Puasa Anda

Puasa merupakan Rukun Islam ketiga yang wajib dipatuhi oleh setiap umat Islam di dunia ini. Puasa bererti menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Perkara Yang Membatalkan Puasa Bagi Wanita & Lelaki

Perkara Yang Membatalkan Puasa Bagi Wanita & Lelaki

Dalilnya:

فَكُلِي وَٱشۡرَبِي وَقَرِّي عَيۡنٗاۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ ٱلۡبَشَرِ أَحَدٗا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَٰنِ صَوۡمٗا فَلَنۡ أُكَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيّٗا

Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini. (Maryam : 26)

Berikut merupakan 10 perkarayang boleh membatalkan puasa anda:-

1.  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja samada makan, menghisap sesuatu mahupun menyuntik

2.  Memasukkan sesuatu daripada (Qubul ataupun Dubur)

3.  Memuntahkan makanan dengan sengaja

4.  Berjimak (bersetubuh) di waktu siang

5.  Keluar air mani dengan sengaja (tidur siang mimpi takpe, sebab tak sengaja)

6.  Keluar darah haid

7.  Keluar darah nifas dan wiladah (melahirkan anak)

8.  Gila – pitam sepanjang hari, mabuk (hilang daya pemikiran yang waras) sepanjang hari

9.  Murtad (keluar dari Islam iaitu dengan perkataan/perbuatan/keyakinan)

10.  Pengsan sepanjang waktu berpuasa

– Amalan Sunat Bulan Puasa Yang Boleh Anda Praktikkan

Perkara –perkara yang makruh sewaktu berpuasa

1.  Menderma darah

2.  Merasa makanan dengan lidah

3.  Bercakap perkara-perkara buruk dan keji

4.  Berkumur-kumur dengan keterlaluan

5.  Mencium isteri

6.  Menggosok gigi setelah tergelincir matahari

Berikut merupakan bebrapa perkara yang tidak membatalkan puasa yang melibatkan hal yang berkaitan dengan dunia perubatan yang dikongsikan oleh Dr. Ahmad Zakimi Abdullah yang merupakan Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Perkara yang tidak membatalkan puasa

1.   Titik ubat mata atau ubat telinga

2.   Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita , mencucinya, memasukkan alat speculum kedalamnya atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).

3.   Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi) dengan syarat ia tidak ditelan.

4.   Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.

5.    Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

6.   Menerima oksigen atau gas untuk bius.

7.   Menderma atau menerima darah.

8.   Injeksi (cucuk) melalui kulit ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat

9.   Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.

10. Mengambil darah untuk pemeriksaan.

11. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit sepertikrim sapuan, minyak dan sebagainya

12. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut dengan syarat ia tidak ditelan.

14. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan(diagnostic) atau rawatan (intervention).

15. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia) jika pesakit mahu berpuasa.

16. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.

18.  Haemodialisis atau peritonealdialysis

19.  Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma

Diharapkan perkongsian inidapat menjadi panduan yang berguna dan manfaat kepada pembaca. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan