Nak Jadi Jutawan? Jom belajar daripada 12 kanak-kanak yang telah pun menjadi jutawan ini.

12 Kanak-kanak ini menjadi jutawan dengan menjadi usahawan yang berjaya. Berikut adalah cerita bagaimana mereka mengecapi kejayaan tersebut.

1. Christian Owens – Mac Bundle Box

Christian Owens – Mac Bundle Box

Christian Owens telah menghasilkan 1 Juta yang pertama sebelum usianya  16 tahun. Owens telah belajar sendiri bagaimana untuk membangunkan laman web dan pada usia 14 tahun Kemudian, Owens memulakan syarikat seni rekanya sendiri. Dalam usia yang sebegitu muda, Owens telah berunding dengan pelbagai pihak dan syarikat dengan menawarkan pelbagai pakej aplikasi untuk kegunaan Mac OS X . Pakej yang dinamakan Mac Bundle Box telah menjadikan Christian Owens seorang jutawan pada usia yang sangat muda.

2. Emil Motycka – Motycka Enterprises

Emil Motycka – Motycka Enterprises

Pada usia 9 tahun, Emil Motycka telahpun memulakan bisnes perkhidmatan memotong rumput. Perkhidmatan memotong rumput mungkin kelihatan seperti perniagaan biasa bagi kanak-kanak, namun Emil telah membawa perniagaan memotong rumputnya ke tahap yang lebih tinggi.

Pada usia 13 tahun, Emil telah membuat pinjaman sebanyak $8,000 untuk membeli mesin pemotong rumput komersial. Pada usia 18 tahun, Emil membina syarikatnya sendiri iaitu, Motycka Enterprise dan telah menjana $100,000 dalam satu musim panas ketika itu. Kini, Emil Motycka telahpun menjana jutaan dengan perniagaan perkhidmatan memotong rumputnya.

3. Evan – EvanTube

Evan –  EvanTube

Bermula dengan sebuah channel di Youtube pada usia 8 tahun, kini kanak-kanak ini telah menjana hampir $1.3 Juta setahun dengan channel Youtubenya, EvanTube yang memiliki jutaan subscriber. Nak tahu apa yang dilakukan Evan? Dia membuat review tentang alat permainan kanak-kanak dan memasukkannya di Youtube.

4. Cameron Johnson – Cheers and Tears

Cameron Johnson – Cheers and Tears

Cameron  menjana $400,000 sebulan semasa di sekolah tinggi !  Segalanya bermulanya apabila Cameron menghasilkan kad jemputan untuk sebuah parti untuk yang dianjurkan ibu bapanya.

Apabila jemputan yang dijemput melihat kad yang dihasilkan Cameron, mereka sangat tertarik dan berminat untuk mendapatkan khidmat Cameron bagi menghasilkan kad untuk mereka.

Cameron mengasaskan Cheers and Tears pada usia 14 tahun,dan kemudian membawa bisnesnya ke tahap yang lebih tinggi di dalam bidang pembangunan software (software development) dan pengiklanan secara online dimana beliau berjaya menjana jutaan dollar.

5. Adam Hildreth – Dubit and Crisp

Adam Hildreth – Dubit and Crisp

Adam bergelar jutawan pada usia 16 tahun. Selepas membangunkan sebuah rangkaian sosial untuk remaja bernama Dubit (popular di UK).Dengan kejayaan Dubit, Adam meneruskan legasi internetnya dengan membangunkan Crisp sebuah syarikat  yang membantu melindungi kanak-kanak daripada online predators. Adam telah tersenarai sebagai antara 20 remaja terkaya di United Kingdom pada tahun 2014.

6. Moziah Bridges – Mo’s Bows

Moziah Bridges – Mo’s Bows

Moziah Bridges telah memulakan empayar bisnesnya pada usia 9 tahun dengan pendapatan sebanyak $150 000 setahun dengan perniagaan bow tie.

Saya suka memakai bow tie kerana ianya membuatkan saya kelihatan lebih baik. Menghasilkan bow tie yang berwarna-warni merupakan antara salah satu visi saya untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang menggembirakan.” 

Kini Moziah memiliki 5 orang pekerja dan telah muncul dalam pelbagai majalah serta rancangan tv popular seperti Shark Tank.

7. Sanjay & Shavran Kumaran – GoDimensions

Sanjay & Shavran Kumaran – GoDimensions

Sanjay dan Shavran masing-masing berusia 12 dan 14 tahun, mengasaskan GoDimensions beroperasi membangunkan aplikasi dari bilik tidur rumah mereka di Chennai. Mereka mempunyai beberapa aplikasi dengan jumlah muat turun oleh pengguna mencecah 35 000 download.

Catch Me Cop merupakan aplikasi  yang popular dibangunkan oleh 2 adik beradik ini. Mereka menjana keuntungan melalui pengiklanan pada kesemua apps yang dibangunkan.

8. Farrhad Acidwalla – Rockstah Media

Farrhad Acidwalla – Rockstah Media

Farrhad mengasaskan Rockstah Media ketika usia 16 tahun iaitu sebuah agensi pengiklanan dengan mempunyai 20 pekerja di seluruh dunia. Korang mungkin pernah mendengar tentang Farrhad ataupun Rockstah Media melalui salah satu talk beliau di TED Talks.

Bertanyakan tentang kejayaan beliau bersama syarikatnya, anak muda dari Mumbai,India ini mengatakan 

“Pasukan saya adalah tulang belakang bagi syarikat saya yang telah mengajar pelbagai perkara kepada saya.”

9. Robert Nay – The Bubble Ball App

Robert Nay – The Bubble Ball App

Jangan anda terkejut jika saya mengatakan bahawa Robert berusia 14 tahun ketika itu telah menjana hampir $ 2 Juta dalam masa 2 minggu.

Segalanya bermula apabila Robert melancarkan sebuah aplikasi permainan bernama Bubble Game yang tidak disangka-sangka menjadi terkenal,sehingga ke hari ini. Permainan yang telah dibangunkannya telah dimuat turun oleh pengguna hampir sebanyak 16 juta kali dan Robert kini telah meneruskan legasinya dengan membangunkan pelbagai aplikasi baru bersama syarikatnya iaitu , Nay Games.

10. Nick D’Aloisio – Summly

Nick D’Aloisio – Summly

Pada usia semuda 15 tahun Nick telah menjual syarikatnya, Summly kepada Yahoo dengan nilai $ 30 Juta pada 2013 menjadikan beliau antara jutawan termuda di dunia. Kini aplikasi Summly yang dihasilkan Nick telah ditukarkan oleh pihak Yahoo menjadi Yahoo News Digest.

Nick kini berkhidmat bersama Yahoo dan telah dinobatkan sebagai “Innovator of the Year” oleh Wall Street Journal. Bukan itu sahaja,Nick juga telah tersenarai di dalam majalah Time sebagai salah satu remaja yang begitu berpengaruh di dunia.

11. Leanna Archer – Leanna’s Hair

Leanna Archer – Leanna’s Hair

Leanna bersama ramuan rahsia dari moyangnya telah memulakan legasi empayar perniagaannya dengan menghasilkan pomade buatannya sendiri pada usia 9 tahun. Leanna kemudiannya telah mengembangkan lagi perniagaannya dengan pelbagai lagi produk berkaitan penjagaan rambut semuanya berdasarkan ramuan dan resepi yang sama dan berjaya menjana pendapatan sebanyak $100 000 setahun dan mengumpul keuntungan bersih melebihi $ 3 Juta.

Bukan itu sahaja,malah Leanna telah mengasaskan sebuah yayasan kebajikan iaitu Leanna Archer Education Foundation untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan asas seperti pendidikan dan yayasan ini telah membantu  hampir 200 kanak-kanak di Haiti setiap hari.

Sumber

Share² lah yerr..
Categories list

Leave a Comment