10 Pilihan Rumah Atas Pokok Paling Awesome di Dunia!

Rumah atas pokok kini menjadi trend di seluruh dunia. Di sini kami senaraikan 10 rumah pokok paling awesome yang pernah kami tengok!

1. Restoran Yellow Treehouse di New Zealand

Restoran Yellow Treehouse  di New Zealand

inhabitat.com/yellow-treehouse-restaurant-by-pacific-environments-architects/

Restoran Yellow Treehouse terletak di New Zealand. Dibina oleh Pacific Environments Architects Ltd. (PEL). Restoran ini terletak 40 meter di atas pokok.

2. Mirror Tree House, Sweden

Mirror Tree House, Sweden

www.tvark.se

Rumah pokok ini seolah olah lutsinar kerana dinding luarnya adalah cermin. Hotel ini telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Julai 2010 boleh memuatkan seramai 2 orang, lengkap dengan katil, bilik air, ruang tamu & teres berbumbung.

3. Hemloft In Whistler, Bc, Canada

Hemloft In Whistler, Bc, Canada

500px.com/photo/20177763/hemloft-by-kyle-graham

Jika anda fikir rumah pokok hanya untuk kanak-kanak. Anda salah! . Joel Allen, 31 tahun adalah seorang software designer membina rumah atas pokok ini sendiri bersama ayahnya. Ia memiliki bentuk telur. Comel kan?

4. Living The Highlife Treehouse,Uk

Living The Highlife Treehouse,Uk

www.archello.com/en/project/living-highlife

Projek ini dinamakan ‘Living the Highlife’ treehouse yang dicipta untuk sebuah keluarga sebagai tempat peranginan mewah untuk mereka. Reka bentuknya dilengkapi degan pelbagai kemudahan  dan sesuai dijadikan tempat keramaian. 

5. Teahouse Tetsu Treehouse In Hokuto City, Japan.

Teahouse Tetsu Treehouse In Hokuto City, Japan.

www.riemurasia.net/kuva/Puumaja-Japanin-malliin/122315

Teahouse Tetsu tree house merupakan rumah teh Jepun yang direka oleh Terunobu Fujimori.  Ia dikelilingi oleh bunga sakura di  Kiyoharu Shirakaba Museum, Hokuto, Japan.

6. The Bird’s Nest, Sweden

The Bird’s Nest, Sweden

treehotel.se/birdsnest

Dari luar kita mungkin menyangka ia adalah sarang burung. Bila anda tengok dalam, macam tak percaya! Ia merupakan bilik mewah yang boleh memuatkan untuk 4 orang. Ia direka oleh Bertil Harström.

7. Free Spirit Spheres, Rainforest Of Vancouver Island, Canada

Free Spirit Spheres, Rainforest Of Vancouver Island, Canada

mashable.com

Rumah atas pokok ini terletak di Qualicum Bay up, Pulau Vancouver.  Anda boleh merasai keajaiban alam semasa berada di dalam rumah atas pokok ini. Tapi, diorang ada 3 je. Anda kena tempah awal-awal. 

8. Ufo Treehouse Hotel,Sweden

Ufo Treehouse Hotel,Sweden

treehotel.se/ufo

Apa pun kami rasa konsep UFO ni paling cool sebab bila sekali tengok rasa macam ufo mendarat dalam hutan. Ia dibina untuk 5 orang, dilengkapi dengan bilik air & ruang tamu. Menariknya, anda hanya boleh menonton rancangan TV sekitar 1930-1950 sahaja. Namun ia juga dilengkapi dengan restauran, bar, sauna dan internet. Relax juga la kan.

9. Toronto, Five-star Resort E’terra Samara

Toronto, Five-star Resort E’terra Samara

www.dailymail.co.uk/news/article-2264716/Eterra-Samara-Luxury-tree-house-villas-Canadas-Bruce-Peninsula-forest.html

Ia dianugerahkan  pusat peranginan mesra alam  5 bintang di Kanada. Agak terbuka tapi pengalaman duduk atas pokok ini boleh membuatkan anda rasa bebas dari tekanan di bandar seketika. 

10. Treehouse Hotel, Portugal – Pedras Salgadas

Treehouse Hotel, Portugal – Pedras Salgadas

www.designhotels.com/hotels/portugal/bornes-de-aguiar/pedras-salgadas

Vila Pouca de Aguiar, Pedras Salgadas spa & nature park memperlihatkan design yang agak inovatif . Ia direka oleh  Luis Rebelo de Andrade.  Unik jugak la kan?

Jadi, jika anda boleh bina 1 rumah atas pokok, yang mana pilihan anda?

Categories list