8 Animasi yang mengajar tabiat tidak elok kepada kanak-kanak

Mengikut kajian, berikut adalah senarai animasi yang sebenarnya mengajar anak anda kepada tabiat yang tidak elok kepada anak-anak.

1. Pokemon

Pokemon

Menjadikan kanak-kanak agresif

Pokemon sangat popular suatu ketika dahulu di kalangan kanak-kanak malah orang dewasa juga sangat menyukainya.  Namun, mengikut kajian, tahap keganasan yang ditunjukkan di dalam kartun ini sangat tinggi sehingga boleh menjadikan kanak-kanak menjadi sangat agresif.

2. Cow and Chicken

Cow and Chicken

Menggunakan sindiran seksual

Jika anda nak tahu, kartun ini sebenarnya banyak menggunakan bahasa lucah yang berbentuk sindiran. Cuma kadang-kadang ibu bapa sahaja yang tidak sedar. Ada dalam satu episod yang lembu ini menyuruh ayam untuk mengira puting di badannya. Haih, nampak tak! Ada banyak lagi yang anda tidak tahu.

3. SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants

Memberi kesan ingatan jangka pendek

Menurut kajian, kanak-kanak yang menonton siri ini menjadi sangat teruk dalam mengingati sesuatu benda atau tugasan. Ia akan menyebabkan kanak-kanak mudah teralih perhatian kepada sesuatu yang lain pada 11 saat berbanding kanak-kanak biasa iaitu 30-60 saat.

4. Calliou

Calliou

Perangai buruk

Kartun ini mengajar nilai-nilai buruk melalui perangai yang suka merengek, tidak sabar, tidak suka berkongsi dengan rakan-rakan dan juga tidak mempunyai adab ketika bercakap. Sila pantau ya!

5. Winx Club

Winx Club

Pemakaian dan perangai tidak senonoh

Kartun ini di tayangkan di NTV7, memberi nilai-nilai tidak elok melalui pemakaian seksi dan perangai tidak senonoh seperti mempunyai teman lelaki dan bercium.

Jadi ibubapa diingatkan supaya memantau kartun sebegini ya.

6. Ben and Holly’s Little Kingdom

Ben and Holly’s Little Kingdom

Memanggil orang lain “bodoh”

Ada sesetengah perkataan yang tidak disedari disebut dalam kartun ini adalah seperti bodoh dan gila. Perkataan-perkataan inilah yang kita tidak mahu dengar dari mulut anak-anak kita kan?

7. Dora the Explorer

Dora the Explorer

Pendidikan salah

Rancangan ini adalah bertujuan untuk pendidikan anak-anak. Namun, ada suatu ketika Dora akan bertanya kepada penonton kemudian anak-anak akan menjerit memberi jawapan. Walaupun jawapan tersebut salah, Dora tetap akan cakap jawapan tersebut betul!

Macam mana ni?

8. Pepe Le Pew

Pepe Le Pew

Budaya Rogol

Dalam kartun ini ada memaparkan keganasan seksual seperti memeluk dan mencium tanpa kerelaan. Tidak dapat dipastikan bahawa kartun ini ditayangkan di Malaysia atau tidak.

Awasi anak-anak anda!

Jadi adalah penting untuk ibubapa memantau setiap rancangan televisyen anak-anak supaya mereka tidak terpengaruh dengan budaya-budaya sebegini.  Cuba anda senaraikan lagi kartun yang memberi nilai yang tidak elok di bahagian komen dan kenapa ye?

sumber

Share² lah yerr..
Categories list

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of