7 Pesanan ‘Jadilah Seperti Rashid’ Yang Win

Tiba-tiba Rashid menjadi sangat popular di media sosial melalui kartun ringkas dengan pesanan yang padat. Ini adalah 7 pesanan Jadilah Seperti Rashid yang sangat bagus untuk diikuti.

1. Rashid Memandu Ketika Hujan Lebat

Rashid Memandu Ketika Hujan Lebat
https://www.facebook.com/belikerashid/

Jadilah seperti Rashid dengan tidak menghidupkan lampu kecemasan ketika memandu dalam hujan lebat. Lampu kecemasan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Jadi baik, jadilah seperti Rashid.

2. Rashid Beri Signal Untuk Membelok

Rashid Beri Signal Untuk Membelok
https://www.facebook.com/belikerashid/

Sememangnya harga signal sudah termasuk dalam harga kereta. Amat rugi jika tidak digunakan sebaiknya. Hargailah nyawa orang lain seperti Rashid. Jadi baik, jadi seperti Rashid.

3. Rashid Tidak Putih

Rashid Tidak Putih
https://www.facebook.com/belikerashid/

Hitam itu menawan. Hitam itu cantik. Jadi rasional dan bersyukur. Jadilah seperti Rashid.

4. Rashid Bayar Hutang

Rashid Bayar Hutang
https://www.facebook.com/belikerashid/

Jika anda meminjam duit atau berhutang dengan sesiapa, langsaikan sesegera mungkin. Lagi kecil nilai lagi cepat sepatutnya anda langsaikan dan bukan kata “alah, halal je la, bukan banyak pun”. Jadi bijak, jadilah seperti Rashid.

5. Rashid Peniaga Melayu

Rashid Peniaga Melayu
https://www.facebook.com/belikerashid/

Peniaga sepatutnya berniaga dengan menjual nilai dan kelebihan produk mereka. Bukan menggunakan sentimen bangsa untuk melariskan jualan. Ini 2016 dan ayat “siapa lagi nak tolong melayu kalau bukan melayu” sudah tidak relaven.

Jangan jadi peniaga terencat. Jadi bijak, jadilah seperti Rashid.

6. Rashid Membeli Dari Peniaga Melayu

Rashid Membeli Dari Peniaga Melayu
https://www.facebook.com/belikerashid/

Jika anda masih berpegang dengan slogan “melayu tolong melayu” di tahun 2016 ini, anda patut menolong peniaga melayu dengan tidak menggunakan slogan tersebut untuk meminta diskaun yang adakalanya tidak masuk akal.

Jangan jadi melayu terencat. Jadi bijak, jadilah seperti Rashid.

7. Rashid Menonton Animal Planet

Rashid Menonton Animal Planet
https://www.facebook.com/belikerashid/

Tontonlah rancangan berkualiti dan mampu menghubungkan sel-sel otak anda dan bukan membunuh sel-sel otak anda. Jangan jadi terencat. Jadilah seorang yang bijak, jadilah seperti Rashid.

Anda boleh layan Rashid di Facebook page Jadilah Seperti Rashid.

Share² lah yerr..
Categories list

Leave a Comment