9 Perkara ‘Do & Donts’ Ketika Di Iceland

Struktur fizikal Iceland sedikit berbeza dengan tempat lain. Kesucian alam sekitarnya di sini juga masih terpelihara. Oleh itu, ada beberapa perkara yang anda perlu take note dalam buku nota travel anda jika teringin nak melawat ke negara berais ni.

www.extremeiceland.is

1. Cuaca di Iceland selalu berubah-ubah. Kalau anda tak peka, anda boleh hadapi bahaya di tengah jalan, malah kematian juga. Sentiasa periksa ramalan cuaca. Kelengkapan baju  jangan sesekali diabaikan. Walaupun anda melancong ketika musim panas, sentiasalah sediakan pakaian musim sejuk.

www.supercoolbeaches.com

2. Jangan cuba melakukan aktiviti yang mengancam nyawa. Contohnya memanjat iceberg di JokulSarlon kerana kadangkala ada ketulan iceberg  boleh jatuh ke atas anda. 

Juga jangan berani meredah ombak di pantai Reynisfjara. Ombak di sini amat kuat dan boleh menarik anda hingga menyebabkan kematian.

3. Payung sangat berguna di negara kita, tetapi di Iceland hujan akan tetap menyerang anda walaupun anda berpayung sebab ia datang dari semua sudut termasuk dari bawah. Jadi mungkin solusi terbaik ialah membawa baju hujan.

www.pinterest.com

4. Pastikan anda memandu kereta 4-Wheel-Drive seperti truck, land rover atau SUV di kawasan berbukit dan berglasier. Lebih bagus jika anda berkonvoi lebih dari satu kereta supaya jika salah satu kereta tersangkut, ramai rakan yang lain boleh membantu.

5. Ketahuilah bahawa di Iceland tak ada hotel ais dan penguin. Hotel ais boleh dijumpai di Norway, Kanada, FInland dan Sweden. Manakala penguin pula wujud di hemisfera selatan bumi seperti Argentina, Afrika Selatan, Australia dan Antartika.

Aurora Borealis

Aurora Borealis

6. Midnight Sun & Northen Light

Negara-negara di kutub utara akan mengalami siang selama 24 jam pada musim panas dan 24 jam malam pada musim sejuk. Jika anda nak tengok midnight sun (matahari pada tengah malam) maka datanglah ketika musim panas. Jangan expect untuk tengok northen light (aurora borealis) pada musim panas sebab aurora merupakan biasan cahaya di langit dan hanya muncul ketika gelap (musim sejuk).

Midnight Sun

Midnight Sun

trendland.com

7. Jaga alam sekitar. Tidak dibenarkan memandu selain di atas jalan raya (offroad), mengukir atas lumut (di Iceland banyak padang lumut) dan buang sampah merata-rata. Denda yang berat akan dikenakan sebab mereka sangat strict tentang kebersihan alam sekitar. Tahukah anda air di Iceland adalah antara air terbersih dan ‘pure’ di dunia?

www.icelandexploretours.com

8. Banyak aktiviti geoterma di merata Iceland. Di kawasan yang ada geyser, jangan sesekali anda melangkah melebihi kawasan bertanda. Walaupun anda terlebih 1 inci masuk ke dalam kawasan larangan, kulit anda boleh melecur jika terkena pancuran geyser yang bersuhu lebih 100 darjah selsius!

inhabitat.com

9. Ada sesetengah kawasan kolam air panas di Iceland yang menjadi tumpuan pelancong datang mandi contohnya di Blue Lagoon dan Grjotagja. Jadi, walaupun nama tempat ini ‘Iceland’, anda masih boleh bawa swimsuit untuk berenang dalam air. Oh ya, bila datang ke sini sila jaga mata anda ya.

Artikel asal boleh baca di sini: Dumbest things to do in Iceland.

Jom tengok video Iceland oleh Stian Rekdal!

Share² lah yerr..
Categories list

Leave a Comment