Cara Halau Tikus Dalam Rumah & Atas Siling Paling Berkesan

Tikus adalah haiwan pengotor dan boleh menjadi punca penyakit. Haiwan ini juga menjadi satu gangguan di rumah, jika tidak halau dengan segera

Tikus juga mampu merosakkan perkakas serta alatan rumah, terutama yang diletakkan di kawasan lembap seperti di dapur dan sebagainya.

Cara Halau Tikus

Ada banyak cara untuk “menentang”, malah menghapuskan haiwan ini. Berikut ialah sebahagian daripadanya.

Kapur Barus

Foto : id.aliexpress.com

Taburkan kapur barus yang sudah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian kecil di kawasan menjadi tumpuan tikus. Ini biasanya amat berkesan kerana tikus sangat tidak suka kepada bau kapur barus. Bau kapur barus itu sendiri memang menyucuk hidung.

Minyak Mint

Minyak yang diperbuat daripada daun mint (Mentha codifolia) ini juga dapat digunakan bagi menghalau tikus kerana haiwan itu sangat tidak suka bau mint. Caranya sapukan minyak mint pada sehelai kain dan letakkan di kawasan tikus berkeliaran.

Durian Belanda

Daun Durian Belanda juga satu lagi bahan alami yang dapat digunakan bagi menghalau tikus. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun ini di tempat yang biasa tikus lalu atau berkeliaran.

Daun Pandan

Foto : www.keluarga.my

Aroma wangi pada daun pandan amat tidak disukai tikus. Justeru, untuk mengelak tikus lalu atau berkeliaran, letakkan daun ini di kawasan yang biasa didatangi haiwan ini.

Buah Mengkudu

Foto : merdeka.com

Ini juga satu lagi tumbuhan yang sangat tidak digemari tikus. Sama juga. Letakkan beberapa helai daun ini di kawasan laluan tikus. Nescaya haiwan itu tidak akan mendatangi kawasan berkenaan lagi.

Share² lah yerr..
Categories Panduan