15 Cara 'Prank' Bijak Dan Selamat Untuk Kanak-Kanak

Sekali-sekala jadi nakal kenakan orang pun seronok juga!

1. Kek Berbentuk Sayur

Kek Berbentuk Sayur

Biasanya kanak-kanak memang kurang berminat dengan sayur, cara kenakan mereka ialah dengan sediakan kek berbentuk sayur, tempah atau buat sendiri terpulang kepada anda.

Pelawa mereka untuk makan, kalau tak nak baru bagi tahu itu sebenarnya adalah kek! Kan rugi orang ajak tak nak makan.

2. Cat Sabun Dengan Penggilat Kuku

Cat Sabun Dengan Penggilat Kuku

Yang ini pun seronok! Cat sabun dengan penggilat kuku. Sabun tak akan berbuih, mesti mereka garu kepala punya. Prank ayah sendiri pun seronok juga, tapi kalau berani lah.

3. Peti Surat

Peti Surat

Cara ini paling mudah, suruh anak anda ambilkan surat didalam peti surat. Sebelum tu sediakan beberapa jenis patung menakutkan didalamnya, contoh: Ular plastik

4. Biskut Cip Coklat

Biskut Cip Coklat

Yang suka makan tu elok juga kenakan mereka sekali-sekala. Gunakan kentang dan kacang hitam. Rasa dia kami tak pasti pula macam-mana, tapi jangan kenakan kami pula ya!

5. Tonton Video

Cara kenakan dengan menonton video. Klik play untuk lihat caranya.

6. Lampu Tidur

Lampu Tidur

Potong kertas berwarna gelap seperti bentuk serangga, dan lekatkan dibahagian dalam lampu tidur. (rujuk gambar diatas)

Nanti bila sampai masa tidur, kalau dia menjerit "Mak!!!" bermakna Prank anda menjadi.

7. Duit Palsu

Duit Palsu

Cara ni kelakar. Selit keratan duit seperti gambar diatas. Tapi pastikan duit palsu bukannya duit betul!

8. Telur

Telur

Waktu sarapan pagi biasanya dengan telur separuh masak kan? Ganti telur putih dengan yogurt atau mayonis. Rasa dia 'Entah Lah Nak..'

9. Bijian Sarapan

Bijian Sarapan

Biasanya kanak-kanak dibawah umur 3 tahun suka sarapan dengan bijian, contohnya corn flakes. Cara kenakan mereka, bekukan corn flakes dan jadikan hidangan sarapan pagi mereka.

Mesti muka mamai baru bangun tidur sambil work hard nak makan. hahaha.

10. Guna Mentos

Guna Mentos

Guna gula-gula mentos. Coklat berangin!
Caranya, campur mentos dan air, jadikan kuib ais. Letak dalam minuman anak anda, minuman extra x3 sejuk! ini baru cool!

11. Sos Tomato

Sos Tomato

Gunakan botol kosong dan tali untuk buat fake sos tomato.  Bila dipicit, yang keluarnya tali bukan sos!

12. Conteng Muka

Conteng Muka

Kejutkan mereka bila tengok muka sendiri. Conteng muka anak anda dengan marker jenis mudah tanggal (white board marker) semasa mereka tidur. Bila bangun pagi "Surprise!".

Tapi ini cara yang paling tidak disyorkan, sekali lagi, tidak disyorkan!.

13. Cabaran Maze

Cabaran Maze

Cabar anak anda untuk bermain Maze ini. Maze ini sebenarnya tiada penghujung! hahaha. Muat turun fail PDF Maze ini disini.

14. Air Sirap

Air Sirap

Tak, ini bukan air sirap, tapi agar-agar!

15. Kek Meletop

Kek Meletop via: nowaygirl.com

Buat kek tipu/palsu. Gunakan kotak dan belon sebagai bahan utama. Hias supaya nampak cantik dan menyelerakan. Minta anak anda untuk potong kek sebaiknya waktu ulang tahun hari kelahiran mereka, dan hasilnya..

BOOOOOM!!!! tapi jangan harap mereka nak tolong kemas pula, dah kenakan orang, sila kemas sendiri. Confirm bersepah punya rumah.